PEMERGIAN SAHABAT YANG PALING KU SAYANGI

5 Disember 2020: Hari ini merupakan antara hari-hari yang paling menyedihkan dalam hidup saya. Pada jam 9.04 minit malam, sahabat saya menghembuskan nafas terakhir. Berehatlah sahabat dunia akhiratku dari alam yang fana ini..Hampir 22 tahun usia persahabatan kita.. Dari SPM, STAM, sama2 menaiki flight ke Mesir, sehinggalah ke alam pekerjaan.Susah senang menuntut ilmu dan pekerjaan sama2 kita lalui. Engkau sentiasa memberikan semangat sejak mula perjalanan PhD sehinggalah selesai. Selepas viva engkaulah yang paling gembira. Setiap kali ada berita gembira, engkau yang pertama mengucapkan tahniah, setiap kali ada berita yang menyedihkan, engkau yang pertama menenangkan, setiap kali ulangtahun kelahiranku engkau yang pertama memberikan ucapan. Yang memberi nasihat, yang menghulurkan bantuan dan semangat, yang sentiasa bersabar. Engkaulah siddiqku. Tiada sahabat lain seperti engkau di dunia ini.Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersaksi bahawa sahabatku Zulfadli Anuar adalah sebaik2 sahabatku di dunia ini. Kurniakan dia sebaik-baik ganjaran disisimu. Jauhilah dia dari azab kubur dan seksaan di akhirat.Tunggu aku, nanti aku menyusul.. Semoga kita dapat berjumpa lagi

Damailah kau di sana
Talkin untukmu..
Tunggu kami

KRONOLOGI PENDERITAAN USTAZ ZULFADHLI BIN ANUAR

Penyakit yang dideritai oleh Al Fadhil Ustaz ZulFadhli Bin Anuar bermula ketika beliau menghidapi penyakit “Slipped Disc” setelah didiagnos oleh Pakar Ortopedik di KPJ Seremban iaitu Dr Abdul Shukor Mohd Hashim pada pertengahan tahun 2016. Beliau menjalani pembedahan di tulang belakang di L3,L4 dan L5 di KPJ Seremban dengan pembedahan yang dijalankan lebih kurang 10 jam.
Setahun selepas itu, terdapat jangkitan di bahagian pembedahan sehingga pembedahan kali kedua terpaksa dibuat untuk mengurangkan jangkitan. Beberapa bulan selepas itu, beliau mendapati kaki kiri beliau gagal berfungsi. Selepas mendapat konsultasi perubatan, beliau menjalani perubatan rehabilitasi sebelum beliau mendapti satu infeksi di kaki yang akhirnya menyebabkan kaki kiri beliau dipotong kerana terdapat “kudis” yang menjangkiti walaupun tiada apa-apa jangkitan kencing manis direkodkan pada tahun 2018.
Selepas kaki beliau dipotong, beliau terpaksa dirujuk kembali ke Hospital Tuanku Jaafar kerana besi yang dipasang pada pembedahan pertama telah “longgar” dan “tercabut” dari tempat asal yang dipasang di KPJ Seremban terdahulu. Pada tahun 2019, beliau terpaksa dirujuk ke pakar Ortopedik HUKM, namun pakar HUKM tidak boleh membantu apa-apa dalam perkembangan hal tersebut, melainkan terpaksa “dibedah semula”.
Pada pertengahan tahun 2019, beliau telah dibedah semula untuk membetulkan kedudukan tulang belakang beliau di HTJ yang diketuai oleh Ketua Jabatan Ortopedik, Dato Dr Rauh. Selepas dibedah tempat pembedahan tersebut telah dijangkiti sekali lagidengan jangkitan nanah dan terpaksa sekali lagi dibedah. Selain itu, beliau telah dijangkiti “kudis” dibahagian punggung sebelah kiri dan kanan yang menyebabkan beliau tidak lagi boleh bergerak banyak. Pada masa ini, kaki kanan beliau pula yang gagal berfungsi, akibat daripada pembedahan terdahulu.

Pada awal tahun 2020, beliau telah disahkan mengidap Cerbapenem Resistant Enterobacteriacaeae (CRE) iaitu jangkitan bakteria dan kuman yang mempunyai kerentanan yang tinggi kepada antibiotik kerana kebergantungan kepada antibiotik yang tinggi semasa di Hospital. Pun yang demikian, kadar kesihatan beliau semakin merosot apabila “kudis” punggung tersebut semakin teruk dan semakin mendalam dan perlu menjalani pembedahan sekali lagi.
Keadaan beliau merosot dengan mendadak dan semakin teruk sekali lagi selepas mesyuarat “medical Board” yang diadakan pada 2 Disember 2020 yang membawa kepada stress dan murung. Pada petang 5 Disember 2020 jam keadaan beliau terus merosot seterusnya pada jam 9.04 malam beliau yang disahkan “Septic Shock Secondary To Sacral Sore Grade Four”.

Sama-sama kita mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan Assolihin.

Leave a comment