Borong makanan laut di Pasar Basah Kk #3 Travelog Sabah 2019

Kedudukan hotel yang terletak di tengah bandar memudahkan saya bergerak ke beberapa tempat menarik untuk membeli belah iaitu Pasar besar, pasar makanan laut dan pasar Filipina. Saya hanya perlu berjalan melalui jejantas yang menghubungkan jalan belakang hotel ke pasar besar.

Pasar Besar

Di sini kita boleh membeli barang-barang kering seperti ikan bilis mata biru, udang kering, keropok ikan dan lain2. Saya sempat membeli ikan bilis mata biru dan keropok ikan pelbagai perisa. Ikan bilis mata biru tiada dijual di kedai -kedai semenanjung. Udang kering pon besar dan cantik, tapi saya tak guna sangat udang kering dalam masakan, so saya tak beli. Keropok ikan bebentuk bulat dengan bermacam-macam perisa seperti perisa bbq dan pedas. Boleh la beli untuk dibuat ole-ole.

Pasar Ikan (pasar basah)

Terletak di belakang pasar besar ini terletaknya pasar ikan ini. Kalau nak beli kena pergi waktu pagi dalam jam 8 pagi. Masa ini makanan laut masih banyak.Jangan lupa tawar menawar harga ye.

Bangunan pasar ikan

Perkhidmatan packing

Jangan khuatir sekiranya mahu membawa makanan laut yang basah ke semenanjung. Di sini, beberapa buah kedai menyediakan perkhidmatan packing untuk dibawa menaiki flight. Mereka akan letakkan ais di dalam box tersebut dan akan di seal dengan seletip yang kuat. Harga untuk packing 1 box ialah RM 25. Di sini kita akan rambang mata, sebab sotong, udang bersaiz besar dijual dengan separuh harga dari semenanjung. Siap boleh tawar menawar lagi.

Berat maksimum ialah 5kg untuk 1 box
Sekiranya menaiki MAS kita perlu chek in kargo box tersebut,manakala flight lain hand carry
Lobster
Harga ketam nipah hidup ini bergantung pada saiz. Ketam ini akan diikat terlebih dahulu

Saya beli udang besar saiz AAA 2kg, ketam nipah 1kg, ketam bunga dieorg panggil ketam suri 1kg dan sotong saiz AA 1kg. Semuanya lebih kurang RM 75 sahaja. Memang berbaloi sangat.

Bila sampai dirumah nanti teruskan masukkan makanan laut tersebut ke dalam feezer, sebab bau hanyir amat kuat. So, sesiapa yang datang ke KK, jangan lupa beli makanan laut untuk dibawa pulang.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s