HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) ~ Kemudahan yang diperolehi sekiranya berjaya~

Assalammuaikum,

Keputusan HLP 2018 telah pun keluar, kepada yang berjaya tahniah saya ucapkan dan welcome to HLP member ! Dan kepada yang tidak berjaya teruskan mencuba untuk HLP 2019 yang akan dibuka tidak lama lagi.

Bagi menaikkan semangat untuk anda memohon, berikut merupakan kemudahan-kemudahan yang akan diperolehi sekiranya anda berjaya ditawarkan HLP. Kemudahan dibawah adalah berdasarkan HLP Kit 2017 untuk pengajian dalam negara.

SYARAT-SYARAT TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN
PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D
DI UNIVERSITI TEMPATAN

A. KELAYAKAN
Semasa mengikuti pengajian, pegawai akan ditaja atas kelayakan bujang atau keluarga. Bagi tujuan penajaan, maksud ‘keluarga’ adalah seperti berikut:
1. Sarjana : Pasangan dan maksimum tiga (3) orang anak berumur di bawah 13
tahun.
2. Ph.D : Pasangan dan maksimum tiga (3) orang anak berumur di bawah 13
tahun.
Bagi anak berumur lebih 13 tahun, pegawai perlu memohon kebenaran dari Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), JPA.

B. TEMPOH PENAJAAN
Pegawai tajaan HLP akan diluluskan tempoh penajaan seperti berikut:
Peringkat Pengajian
Mod Pengajian
Tempoh Penajaan
Sarjana
Kerja Kursus / Kerja Kursus dan Penyelidikan
12-20 bulan
Penyelidikan Penuh
24 bulan
Ph.D
Penyelidikan Penuh
42 bulan

Tempoh yang dinyatakan dalam jadual di atas merupakan tempoh penajaan asal yang diluluskan kepada semua pegawai di bawah tajaan HLP mengikut struktur pengajian. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh tambahan untuk menyelesaikan pengajian, permohonan pelanjutan perlu dikemukakan kepada BMI, JPA selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh penajaan. Pelanjutan HANYA DIPERTIMBANGKAN jika terdapat perubahan dari segi struktur pengajian atau tempoh cuti belajar dan penajaan tamat pada pertengahan semester. Kelulusan adalah tertakluk kepada dasar semasa yang sedang berkuatkuasa. Pegawai bertanggungjawab memastikan tempoh penajaan digunakan sewajarnya untuk berjaya Graduate On Time (GOT).
Prosedur dan syarat-syarat permohonan pelanjutan adalah seperti yang dinyatakan pada Perkara 1(e), muka surat 1 (rujuk LAMPIRAN B: Syarat-Syarat Cuti Belajar Bagi
Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana dan Ph.D Di Universiti Tempatan Di Bawah Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan).

Tempoh keseluruhan Cuti Belajar yang diluluskan oleh Kerajaan adalah bermula dari tarikh kelas / kuliah bermula sehingga tarikh akhir peperiksaan / tarikh akhir penghantaran tesis atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Tempoh kelulusan Cuti Belajar ini tidak meliputi tempoh pendaftaran, orientasi, program persediaan, kelas Bahasa, viva dan majlis konvokesyen.

C. TARIKH KUATKUASA PEMBAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
1. Elaun dan kemudahan akan dibayar setelah pegawai melengkapkan dan mengembalikan borang perjanjian Am. 19c Pind. CBBPHLP 1/2015 ke BMI, JPA.
2. Elaun kali pertama akan dibayar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pegawai memulakan kelas / kuliah.

D. PENDAFTARAN SUBJEK
1. Pegawai perlu mendaftar MINIMUM empat (4) subjek / dua belas (12) jam kredit atau lebih bagi setiap semester; dan
2. Pegawai tidak dibenarkan untuk mendaftar semula / mengulang subjek yang telah lulus dan memenuhi syarat bergraduat hanya untuk memperbaiki atau meningkatkan CGPA.
3. Pegawai DIKEHENDAKI mendaftar pengajian mengikut pelan pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti bagi memastikan pegawai TAMAT DALAM TEMPOH TAJAAN.

E. ELAUN
Pegawai layak menerima bayaran elaun yang telah disediakan di sepanjang tempoh penajaan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Elaun Sara Hidup (ESH)
Elaun Sara Hidup dibayar enam (6) bulan sekali mengikut kadar berdasarkan lokasi institusi pengajian / universiti di sepanjang tempoh penajaan. Jika baki tempoh pengajian kurang enam (6) bulan, pengiraan elaun akan dilakukan secara purata (proportionate). Untuk Phd elaun ialah sebanyak RM 900.00 sebulan manakala untuk sarjana ialah RM 800.00 sebulan.

2. Elaun Buku (EB)
Elaun Buku dibayar sekali setahun mengikut kadar berdasarkan peringkat / bidang pengajian. Jika tempoh pengajian pegawai kurang 12 bulan, pembayaran dibuat secara purata (proportionate). Elaun ini sebanyak RM 900.00 setahun atau untuk setiap dua semester di bayar pada setiap permulaan semester.

3. Elaun Alat Perkakas (EP)
Elaun Alat Perkakas dibayar sekali setahun mengikut kadar berdasarkan peringkat / bidang pengajian. Jika tempoh pengajian pegawai kurang 12 bulan, pembayaran dibuat secara purata (proportionate). EP pula sebanyak RM 875.00 setahun atau untuk setiap dua semester dibayar ppada permulaan semester.

4. Elaun Penempatan (EPTN)
Elaun penempatan dibayar kepada pegawai yang berpindah dengan pengesahan Ketua Jabatan.
EPTN dibayar bagi menampung tuntutan perjalanan, perbelanjaan penginapan semasa dalam perjalanan sebelum memasuki universiti / institusi pengajian atau sebelum mendapat rumah kediaman tetap serta lain-lain perbelanjaan runcit semasa dalam perjalanan. Elaun Penempatan layak dibayar kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Dibayar sekali sahaja di sepanjang tempoh penajaan;
(b) Tempat pengajian melebihi 25 kilometer radius dari kediaman pegawai;
(c) Kadar bujang layak dibayar kepada pegawai yang berpindah tanpa membawa keluarga berdasarkan lokasi institusi pengajian / universiti;
(d) Kadar keluarga layak dibayar kepada pegawai yang diluluskan untuk membawa keluarga seperti peruntukan di dalam Perintah Am Bab ‘B’ Perkara 26 berdasarkan lokasi institusi pengajian / universiti:
i. Tempoh minimum keluarga tinggal bersama adalah selama enam (6) bulan; dan
ii. Mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan untuk membawa keluarga dan berpindah rumah kerana berkursus.

5. Elaun Latihan Amali (ELA)
Pegawai yang diwajibkan oleh institusi pengajian / universiti untuk mengikuti Latihan Amali / Klinikal / Industri / Sangkutan, boleh dibayar Elaun Latihan Amali. Pegawai perlu mengemukakan surat permohonan, surat sokongan universiti dan surat kelulusan tempat latihan amali tiga (3) bulan sebelum latihan bermula kepada BMI, JPA tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Latihan diwajibkan dalam subjek teras dan merupakan syarat bergraduat;
(b) Latihan dijalankan di dalam negara pengajian;
(c) Tuntutan dibayar berdasarkan hari;
(d) Tempoh latihan tidak melebihi tiga (3) bulan / 92 hari (tidak termasuk cuti umum);
(e) Jarak antara universiti / kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 kilometer radius;
(f) Tambang perjalanan dibayar sekali di awal dan akhir latihan; dan
(g) Tuntutan perlu dikemukakan dalam tahun semasa.
Bagi tujuan tuntutan, pegawai DIWAJIBKAN mengemukakan
dokumen berikut:
(a) Borang tuntutan;
(b) Borang laporan latihan amali; dan
(c) Dokumen pengesahan kehadiran (contoh: salinan punch card / slip kehadiran) yang telah disahkan penyelia.
6. Elaun Bantuan Keluarga (EBK)
Pegawai bujang dan pegawai yang tidak membawa keluarga TIDAK LAYAK dibayar EBK.
Kelayakan EBK adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) EBK akan dibayar enam (6) bulan sekali mengikut kadar berdasarkan lokasi universiti / institusi pengajian dan bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama pegawai;
(b) Diluluskan membawa keluarga seperti peruntukan di dalam Perintah Am Bab ‘B’ Perkara 26;
(c) Kelayakan maksimum adalah pegawai, pasangan dan tiga (3) orang anak sahaja;
(d) Tempoh minimum keluarga tinggal bersama adalah selama enam (6) bulan;
(e) Mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan untuk membawa keluarga dan berpindah rumah kerana berkursus;

(f) Tempat pengajian melebihi 25 kilometer radius dari rumah pegawai; dan
(g) Pasangan pegawai yang telah menuntut elaun perpindahan kerana bertukar tempat kerja, tidak layak menerima bayaran EBK.
7. Elaun Akhir Pengajian (EAP)
Elaun Akhir Pengajian layak dibayar kepada pegawai yang menerima kemudahan EPTN.
EAP dibayar bersekali dengan ESH yang terakhir.
EAP meliputi tuntutan perjalanan, perbelanjaan upah mengangkut barang, perbelanjaan membawa barang lebihan dan lain-lain perbelanjaan runcit semasa dalam perjalanan.
8. Elaun Tesis (ET)
Elaun Tesis layak dibayar, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Kadar kelayakan berdasarkan peringkat pengajian dan mod pengajian;
(b) Pengajian mewajibkan pegawai menyediakan tesis / disertasi;
(c) Tesis / disertasi mestilah bernilai sekurang-kurangnya enam (6) jam kredit dan dalam kod program yang sama;
(d) Tesis / disertasi disediakan secara individu;
(e) Pembayaran hanya dibuat setelah pegawai mengemukakan satu salinan tesis / disertasi dalam bentuk hard copy (hard cover) dan soft copy beserta salinan transkrip penuh kepada BMI, JPA;
(f) Kertas projek / kajian kes yang dihasilkan dalam format jurnal / analisis / laporan ringkas / majalah yang tidak mengikut spesifikasi standard yang ditetapkan tidak layak dibayar elaun tesis; dan
(g) Tuntutan tesis / disertasi perlu dikemukakan dalam tempoh berikut:
(i) Peringkat Sarjana : tiga (3) tahun dari tarikh mula
penajaan
(ii) Peringkat Ph.D : enam (6) tahun dari tarikh mula
penajaan
(h) Kegagalan pegawai mengemukakan salinan tesis / disertasi dalam tempoh yang ditetapkan boleh dianggap sebagai gagal menamatkan pengajian dengan jaya dan tertakluk kepada syarat-syarat penalti yang ditetapkan.

F. KEMUDAHAN
Pegawai layak menerima kemudahan seperti di bawah:
1. Yuran
(a) Bayaran permohonan institusi pengajian / universiti (maksimum 3 universiti), yuran pendaftaran, yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan lain-lain bayaran yang dikenakan oleh institusi pengajian / universiti akan ditanggung oleh Kerajaan. Yuran hanya akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan berada di institusi pengajian / universiti. Bayaran seperti di LAMPIRAN F tidak akan ditanggung oleh Kerajaan dan adalah di bawah tanggungjawab pegawai sepenuhnya.
(b) Yuran yang dibayar adalah untuk subjek yang wajib diambil dan memenuhi syarat bergraduat. Sebarang pertambahan yuran pengajian bagi subjek yang tidak wajib diambil adalah di bawah tanggungjawab pegawai sepenuhnya.
(c) Bagi pegawai yang GAGAL disebabkan oleh kelemahan akademik dalam satu-satu subjek, yuran pengajian boleh dibiayai semula bagi subjek berkenaan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) wajib mengulang subjek tersebut untuk menamatkan pengajian dengan jaya;
(ii) maksimum dua (2) subjek sahaja di sepanjang tempoh penajaan untuk ulangan pertama bagi setiap subjek; dan
(iii) tempoh mengulang tidak melibatkan sebarang pelanjutan tempoh penajaan.
(d) Pegawai yang dikenakan yuran pemeriksaan tesis dan lain-lain tuntutan yuran pengajian perlu dikemukakan dalam tempoh penajaan.

2. Pembentangan Kertas Kerja di Seminar / Persidangan Antarabangsa / Sangkutan / Kutip Data
Pegawai di peringkat Ph.D SAHAJA boleh dipertimbangkan kemudahan di atas ketika dalam tempoh penajaan. Permohonan perlu dikemukakan ke BMI, JPA beserta dengan dokumen sokongan, tiga (3) bulan sebelum aktiviti bermula.
(a) Kemudahan yang disediakan
(i) Sangkutan / kutip data di luar negara dan pembentangan kertas kerja di seminar / persidangan antarabangsa di Malaysia;
ATAU
(ii) Sangkutan / kutip data di Malaysia dan pembentangan kertas kerja di seminar / persidangan antarabangsa di luar negara.

(b) Kelulusan menghadiri pembentangan kertas kerja di seminar / persidangan antarabangsa / sangkutan / kutipan data adalah tertakluk kepada ketetapan yang berkuatkuasa dan peruntukan tahun semasa.
(c) Syarat-syarat kemudahan:
(i) Sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian;
(ii) Sebagai memenuhi syarat bergraduat;
(iii) Program berkaitan dengan kajian / pengajian;
(iv) Tempoh kutip data maksimum tiga (3) bulan / 92 hari sahaja;
(v) Tempoh untuk pembentangan kertas kerja dihadkan kepada tujuh (7) hari sahaja, tidak termasuk hari untuk lawatan sebelum dan selepas seminar / persidangan;
(vi) Tempoh tajaan dengan biasiswa masih berkuatkuasa; dan
(vii) Penajaan hanya untuk pegawai sahaja.
(c) Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan:

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

(i) Surat justifikasi;
(ii) Surat pengesahan penyelia;
(iii) Laporan kemajuan tesis terkini;
(iv) Ringkasan kertas kerja yang dikemukakan untuk pembentangan;
(v) Maklumat dan aturcara program / seminar / persidangan;
(vi) Pengesahan pemilihan untuk membentangkan kertas kerja oleh penganjur program / seminar / persidangan; dan
(vii) Keputusan peperiksaan (jika berkenaan).

KUTIP DATA
(i) Surat justifikasi;
(ii) Surat pengesahan penyelia;
(iii) Tajuk, rangka tesis dan maklumat yang akan dikaji atau dikumpul;
(iv) Laporan kemajuan tesis terkini;
(v) Jadual perancangan pengumpulan maklumat;
(vi) Keputusan peperiksaan (jika berkenaan); dan
(vii) Surat maklum balas jabatan / universiti / syarikat untuk tujuan kutip data.

(d) Kelayakan untuk pembentangan kertas kerja di luar negara
(i) Yuran;
(ii) Tambang kapal terbang pergi balik sekali sahaja (kelas ekonomi)
(iii) Tambang pengangkutan awam domestik semasa di luar negara pengajian, berdasarkan kadar / kelayakan dalam Pekeliling Perbendaharan WP 1.10/2013;
(iv) Elaun Makan & Elaun Penginapan mengikut kelayakan semasa pegawai, berdasarkan kadar dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 (jika tidak termasuk dalam yuran seminar / persidangan);
(v) Lain-lain tuntutan di bawah Pekeliling Perbendaharan WP 1.10/2013 tidak layak dituntut dan adalah di bawah tanggungjawab pegawai. Peruntukan di perenggan 7.8 tidak terpakai dalam kemudahan ini;
(vi) Elaun Pakaian Panas, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan;
(vii) Insurans (jika berkenaan);
(viii) Bayaran Pasport;
(ix) Bayaran Visa; dan
(x) Tuntutan dihantar kepada BMI, JPA dalam tahun semasa dengan mengemukakan resit bayaran / bukti pembayaran dan butiran tuntutan.

(e) Kelayakan untuk pembentangan kertas kerja di Malaysia
(i) Yuran;
(ii) Tambang perjalanan berdasarkan kadar di dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013, mengikut kelayakan semasa pegawai;
(iii) Elaun Penginapan (jika tidak termasuk dalam yuran seminar / persidangan), berdasarkan kadar Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 mengikut kelayakan semasa pegawai;
(iv) Lain-lain tuntutan di bawah Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 tidak layak dituntut dan adalah di bawah tanggungjawab pegawai. Peruntukan di perenggan 7.8 tidak terpakai dalam kemudahan ini; dan
(v) Tuntutan dihantar kepada BMI, JPA dalam tahun semasa dengan mengemukakan resit bayaran/ bukti pembayaran dan butiran tuntutan.

(f) Kelayakan untuk sangkutan / kutip data di luar negara
(i) Yuran (jika diwajibkan);
(ii) Tambang kapal terbang pergi balik sekali sahaja (kelas ekonomi);
(iii) Elaun Sara Hidup kadar Malaysia akan diberhentikan dan pegawai layak menerima Elaun Sara Hidup mengikut kadar negara yang berkenaan, jika tempoh melebihi 2 minggu;

(iv) Lain-lain tuntutan di bawah Pekeliling Perbendaharan WP 1.10/2013 tidak layak dituntut dan adalah di bawah tanggungjawab pegawai;
(v) Elaun Pakaian Panas, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan;
(vi) Insurans (jika berkenaan);
(vii) Bayaran Pasport;
(viii) Bayaran Visa; dan
(ix) Tuntutan dihantar kepada BMI, JPA dalam tahun semasa dengan mengemukakan resit bayaran / bukti pembayaran dan butiran tuntutan.

(g) Kelayakan untuk sangkutan / kutip data di Malaysia
(i) Yuran (jika diwajibkan);
(ii) Tambang kapal terbang pergi balik sekali sahaja; atau
(iii) Tambang perjalanan seperti yang diperuntukkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013;
(iv) Elaun Sara Hidup di dalam negara dikekalkan; dan
(v) Lain-lain tuntutan di bawah Pekeliling Perbendaharan WP 1.10/2013 tidak layak dituntut dan adalah di bawah tanggungjawab pegawai.

4. Tambang Perjalanan ke Universiti
Tambang perjalanan dari kediaman pegawai ke institusi pengajian / universiti akan dibayar oleh BMI, JPA iaitu sekali di awal dan sekali di akhir pengajian sahaja. Tambang perjalanan ini adalah berdasarkan kelayakan pegawai mengikut Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 (hanya untuk elaun perjalanan kenderaan atau tambang pengangkutan awam sahaja, tidak termasuk elaun makan dan lojing). Pegawai yang layak menerima elaun penempatan dan elaun akhir pengajian tidak layak membuat tuntutan tambang perjalanan.

5. Tuntutan Bayaran Pindah Barang Sebelum dan Selepas Berkursus
Pegawai yang diluluskan berkursus panjang dan berpindah rumah, layak menuntut bayaran pindah barang sebelum atau selepas berkursus tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1995. Bayaran hanya boleh dituntut daripada Ketua Jabatan masing-masing.

6. Pemeriksaan Kesihatan
Pegawai dikehendaki untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan pengajian dengan menggunakan borang kesihatan JPA/BMI/KESIHATAN/1/2011 atau borang kesihatan universiti / institusi. Segala kos yang berkaitan dengan pemeriksaan kesihatan, sama ada di hospital / klinik kerajaan / swasta atau panel doktor yang ditetapkan adalah di bawah tanggungjawab pegawai. Ahli keluarga tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

F. URUSAN PEMBAYARAN
BMI dan Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA bertanggungjawab menguruskan pembayaran yuran pengajian dan elaun / kemudahan kepada pegawai. Pegawai dikehendaki membayar balik elaun jika berlaku situasi seperti berikut:
i) Terlebih bayar elaun; atau
ii) Tamat pengajian dan melapor diri lebih awal dari tempoh asal penajaan.

G. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN ELAUN LAIN
Jika pegawai menerima sebarang elaun, gaji atau lain-lain bayaran daripada pihak lain semasa mengikuti kursus atau dalam penempatan di institusi pengajian / universiti, jumlah yang diterima itu akan ditolak daripada wang gaji / elaun yang dibayar oleh Kerajaan kepada pegawai. Pegawai perlu memaklumkan kepada BMI, JPA mengenai bayaran / elaun yang diterima.
Tindakan akan diambil kepada pegawai yang didapati tidak mengisytiharkan menerima bayaran / elaun tersebut.
H. PERJANJIAN
Pegawai dikehendaki menandatangani borang perjanjian Am. 19c Pind. CBBPHLP 1/2013 / Perjanjian Tambahan sebelum mengikuti kursus. Pembayaran elaun akan ditarik balik sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan mengembalikan borang perjanjian dalam tempoh yang ditetapkan.

I. PENALTI
Pegawai yang menarik diri daripada pengajian, ditamatkan atas masalah disiplin atau gagal menamatkan pengajian dengan jaya dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan penalti tertakluk kepada syarat-syarat penalti yang sedang berkuatkuasa. Untuk pengajian PHD penalti yang dikenakan sebanayak RM 160,000.00.

J. HAK KERAJAAN
Kerajaan berhak meminda syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan ini dari semasa ke semasa dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak menarik balik kelulusan Hadiah Latihan Persekutuan tanpa memberi sebarang notis.

Kluster Pembangunan Strategik Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Januari 2017

8 comments

  1. Assalam tuan. sekiranya tuan tahu, adakah terdapat sebarang syarat dalam HLP yang menyatakan bahawa “pegawai yang berkhidmat di universiti tidak dibenarkan untuk menyambung pelajaran di universiti yang sama pegawai tersebut berkhidmat”

    Sebagai contoh pegawai tadbir yang berkhidmat di UKM tidak boleh mengikuti kursus sarjana di UKM. Perlu mengikuti kursus sarjana di universiti lain.

    Ini kerana terdapat sesetengah individu yang mengatakan terdapat syarat sedemikian bagi mengelakkan sebarang unsur2 berat sebelah atau bias.

    Terima kasih tuan.

    Like

  2. Salam tuan. Sekiranya tidak berjaya menamatkan pengajian, adakah pegawai tersebut dikenakan tatatertib yg akan menjejaskan perkihdmatan? Atau hanya sekadar membayar balik penalti?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s