FASAKH: ALASAN, KESAN DAN ULASAN KES

MAKSUD
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui kuasa hakim diatas sebab-sebab yang diharuskan.

KUASA UNTUK MEMFASAKHKAN

Dalam undang-undang di negara kita, kuasa memfasakhkan sesuatu perkahwinan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berbidangkuasa ialah Mahkamah Rendah Syariah.

SIAPA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN FASAKH

Sebenarnya suami dan isteri kedua-duanya boleh menuntut fasakh di mahkamah. Suami juga mempunyai alasan-alasan yang membolehkan dia menuntut fasakh, Kenapa? Kerana kesan fasakh adalah berbeza dari perceraian biasa. Begitu juga suami boleh untuk tidak membayar mahar diatas keadaan dan sebab tertentu.

PROSEDUR

Tuntutan perlu dilakukan dengan mengisi penyata tuntutan yang disediakan mahkamah sekiranya tidak menggunakan khidmat peguam. Pada ruangan alasan, sebaiknya tuliskan alasan-alasan bersama peruntukan perundangan. Misalnya, suami tidak membayar nafkah zahir isteri dan anak-anak selama lebih 6 bulan sepertimana yang dinyatakan pada seksyen 52 (1) (b) Akta Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 . Sekiranya anda menulis alasan yang banyak, kesemua alasan tersebut perlu dibuktikan. Oleh itu, alasan yang sedikit dengan pembuktian yang kuat lebih baik dari 10 alasan dengan tidak ada pembuktian. Saranan saya pilihlah beberapa alasan yang kuat yang mudah untuk dibuktikan.

Oleh kerana fasakh merupakan kes tuntutan, maka prosuder saman adalah diperlukan. Mahkamah akan menghantar saman kepada Defendan. Defendan perlu menandatangani saman tersebut untuk membolehkan perbicaraan di jalankan. Oleh itu, alamat Defendan adalah penting. Saman akan dihantar oleh mahkamah yang terhampir pada waktu bekerja, oleh itu alamat tempat kerja Defendan lebih praktikal untuk diserah. Melainkan Plaintif dan Defendan telah berbincang mengenai penyerahan saman. Walaubagaimanapun, sekiranya Defendan tidak ada di rumah semasa penyerahan saman oleh penghantar saman, saman gantian seperti secara tampal akan wdilakukan. Cuma ianya memakan masa kerana saman gantian perlu diarahkan oleh hakim semasa dalam perbicaraan. Sekiranya segala usaha telah dilakukan dan Defendan masih tidak hadir, mahkamah akan memulakan prosiding perbicaraan tanpa kehadirann Defendan.

MENUKAR KES FASKAH KEPADA KES PERCERAIAN BIASA

Semasa di dalam prosiding perbicaraan,kebiasannya hakim akan bertanya kepada pihak suami sama ada perbincangan telah dilakukan kepada pihak isteri berkaitan tuntutan fasakh tersebut. Hakim juga biasanya akan menanya kepada suami adakah suami menzahirkan persetujuan tuntutan tersebut. Sekiranya, suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah akan menukar kes tuntutan fasakh tersebut kepada kes perceraian biasa. Maka, lafaz cerai boleh dilakukan semasa hari perbicaraan itu juga dengan syarat bahawa isteri dalam keadaan suci.

KESAN FASAKH

Kesan ini menyebabkan fasakh berbeza dari perceraian secara biasa. Apabila hakim menjatuhkan fasakh terhadap suami atau isteri, maka talak yang gugur ialah TALAK BAIN SUGHRA dimana bekas suami dan isteri tidak boleh merujuk semula dan tidak boleh berkahwin semula melainkan dengan akad nikah yang baru. Fasakh juga tidak mengurangkan bilangan talak. Misalnya mahkamah memfasakhkan pernikahan Ahmad dan Siti buat kali pertama dan mereka tidak pernah bercerai. Sekiranya kedua-dua mereka berkahwin semula, maka bilangan talak yang Ahmad ada masih lagi tiga.

ALASAN-ALASAN FASAKH

Fasakh boleh dimohon berdasarkan alasan-alasan berikut:

(Merujuk kepada Seksyen 52. Akta Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 , sek.53 Enakmen Keluarga Islam ( Negeri Sembilan ) dan ( Selangor) 2003 )

Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh:

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(1A) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang persetubuhan.

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

PEMBUKTIAN

Dalam apa juga permohonan, pembuktian itu amat penting. Hakim tidak boleh membuat keputusan dengan baik sekiranya pihak-pihak tidak mengemukakan pembuktian. Dalam kes fasakh pihak yang mendakwa iaitu Plaintif perlu mengemukakan pembuktian. Misalnya suami tidak memberi nafkah yang mencukupi selama lebih 5 bulan. Maka, pembuktian melalui dokumen seperti penyata akaun Plaintif, pembuktian melalui lisan seperti saksi dari kalangan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat atau jiran diperlukan. Apa-apa bentuk pembuktian amat diperlukan bagi membantu hakim membuat keputusan.

APA BEZA FASAKH DAN CERAI TAKLIK?

Cerai taklik yang dimaksudkan disini ialah berdasarkan lafaz taklik yang diucapkan oleh pengantin lelaki ketika majlis akad nikah. Dari aspek persamaan, kedua-dua jenis perceraian ini hanya diberikan kepada kuasa mahkamah untuk memutuskan. Namun begitu terdapat beberapa perbezaan iaitu tidak semua sebab-sebab yang mengharuskan taklik merupakan sebab-sebab membolehkan berlakunya fasakh. Kebanyakan negeri menyediakan lafaz taklik sekiranya suami meninggalkan isteri selama tiga atau empat bulan tanpa apa-apa nafkah, atau menyakiti tubuh badan isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk cerai secara taklik sedangkan fasakh lebih daripada itu. Suami dan isteri boleh memohon fasakh sedangkan bagi cerai taklik hanya pihak isteri sahaja yang memohon . Selain itu, kesan Fasakh ialah gugurnya talak Bain Sughra manakala cerai taklik adalah jatuh talak satu dan isteri perlu membayar khuluk sebagai wang tebusan.

SEKIRANYA SUAMI SELALU MEMUKUL ISTERI, APA YANG PERLU DILAKUKAN

Isteri mempunyai dua pilihan sama ada memohon fasakh atau memohon cerai taklik (sekiranya lafaz taklik ada dinyatakan di dalam sijil nikah). Sekiranya memohon fasakh, peruntukan yang membenarkan ialah (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya. Oleh itu apabila isteri dipukul secara sengaja perkara yang perlu dilakukan ialah 1. Membuat laporan polis 2. Membuat pemeriksaan kesihatan ( medical check-up) lebih baik di Klinik atau Hospital Kerajaan 3. Mengambil gambar kesan lebam atau kecederaan tersebut.

SEKIRANYA SUAMI BERPOLIGAMI DAN TIDAK BERLAKU ADIL

Sebab yang mengharuskan ialah :Seksyen 53 h (vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak. Isteri perlu membuktikan bahawa suami tidak berlaku adil dari sudut giliran bermalam, nafkah zahir dan lain-lain.

SUAMI DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA

Hukuman penjara yang dikenakan perlulah selama tiga tahun atau lebih. Selepas suami menjalani hukuman penjara selama setahun barulah isteri dibenarkan untuk memohon fasakh. Dalam kes sebegini, alamat penjara yang berkaitan diperlukan, kerana mahkamah akan menghantar notis kepada pihak penjara berkaitan untuk dibawa ke mahkamah ketika hari perbicaraan.

ULASAN KES

  1. Badrolhisyam bin Khalid lwn Masriah Hj.Ismail ( JH 41 BHG 1, 2015)

Kes ini merupakan kes rayuan fasakh yang difailkan oleh Perayu terhadap isterinya iaitu Defendan untuk menyemak semula keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor pada 15 Mac 2007 yang mensabitkan perceraian secara faskah. YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Muar dalam penghakimannya menyebut bahawa Defendan telah berjaya membuktikan dua perkara asas iaitu;1. Suami lazim menyakiti hingga menyebabkan kehidupan isteri menderita . 2, Suami mempunyai dua orang isteri dan tidak melayan isteri secara adil mengikut hukum syarak. Mahkamah Tinggi Syariah berpendapat bahawa isteri telah membuktikan bahawa ia telah dikasari oleh bekas suami sejak dari awal perkahwinan . Antara lain sering memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti sial, babi, isteri tidak berguna atau pergi mampus. Dalam satu pertengkaran juga suami telah membaling kerusi hingga menyebabkan kecedaraan. Defendan telah membat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospoital Batu Pahat. Panel Hakim Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Di atas alasan tersebut maka, tuntutan fasakh disabitkan.

2. Zulrina binti Zahari lwn Mohd Shu’aib bin Ishak ( JH 38 BHG.1, 2014)

Kes ini juga merupakan kes rayuan fasakh diatas penghakiman Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonan perayu. Perayu semasa di peringkat Mahkamah Rendah telah mengemukakan alasan-alasan berikut: 1. Suami telah cuai dan tidak membayar nafkah selama lebih tempoh tiga bulan 2.Suami tidak menunaikan nafkah batin lebih dari satu tahun 3. Suami tidak berlaku adil terhadap dua orang isteri 4. Suami menganiaya perayu dan menyebabkan kehidupan menderita.

Mahkamah Rendah Syariah telah menolak permohonan tersebut dengan alasan 1. Isteri telah disabitkan nusyuz sebelum tuntutan fasakh dibuat 2. Isteri gagal membuktikan kesnya berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan. Keputusan dan alasan yang sama juga diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan pula, terdapat 4 isu yang telah diulas. 1. Sama ada pihak perayu perlu membuktikan kesemua 4 alasan fasakh atau memadai salah satu sahaja. Hakim -hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dalam isu ini. Ini kerana isteri hanya perlu membuktikan salah satu alasan sahaja. 2. Sama ada pihak suami telah cuai dan tidak membayar nafkah lebih dari tiga bulan. Hakim -hakim Mahkamah Rayuan telah berpendapat bahawa berlakunya pengurangan nafkah, bukannya tidak membayar nafkah. 3. Berhubung sabitan nusyuz, mahkamah berpendapat bahawa tiada sabitan nusyuz kerana isteri hanya menerima Notis isteri kembali taat, tiada kesalahan nusyuz penah disabitkan. Oleh itu isteri tetap layak mendapat nafkah zahir. 4. Berhubung nafkah batin, mahkamah bersetuju bahawa isteri telah gagal membuktikan bahawa suami tidak mahu menyetubuhinya. 5. Berhubung tidak adil terhadap isteri-isteri, suami telah mengurangkan nafkah dari RM 6 ribu sebulan secara berperigkat dengan alasan isteri telah tidak taat atau nusyuz. Mahkamah Rayuan mendapati bahawa sabitan nusyuuz adalah tidak sah. Alasan masalah kewangan juga telah ditolak oleh mahkamah kerana perbelanjaan suami yang menunjukkan kemampuan. Oleh itu, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan pihak isteri atau perayu bahawa disabitkan fasakh kerana suami atau Responden tidak melayani isteri ecara adil mengikut Hukum Syarak.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan di dalam kes ini iaitu cukup dengan satu alasan dengan pembuktian untuk mensabitkan fasakh. Selain itu, nusyuz tidak sabit dengan sendirinya walaupun mahkamah memutuskan isteri perlu kembali taat kepada suami, oleh itu nafkah zahir tetap berjalan seperti biasa.

56 comments

  1. Salam maaf bertanya kalau kes mcm sy ni …da 6 tahun tidak tinggal sebumbung dan tak tau keberadaan suami selama 6thn tu jgk … ape perlu sy buat … ?? Sy da buat tuntutan fasakh tpi biasa hakim akan bg jawapan suami mesti hadir jgk … sedang kan sy tidak tahu mane suami berapa …

    Like

    • Wslam,puan suami tak diketahui setahun sahaja dah boleh mohon. Setahu saya hakim tak akan mintak suami wajib hadir kalau tak tahu, tapi puan mesti tahu alamat , letak sahaja alamat kampung dah memadai sebab puan memang tak tahu di.mana suami berada, bila hakim tanya puan mohon jangan jawab teragak2, puan kena yakin bgtau tak pernah jumpa

      Like

  2. Assalamualaikum sy Pn lyyn Kedah…sy nk tya suami tk tunai kn nafkah batin selama 6 bln & suka maki hamun dpn ank²…sy nk tahu boleh tak sy tuntut fasakh…

    Like

    • Wslam, maaf kerana terlewat membalas pertanyaan. Kalau nafkah batik kena tunggu satu tahun. Tapi sekiranya puan ada alasan lain, boleh fikirkan contoh nya nafkah zahir, atau selalu pukul, atau suami x ikut ajaran Islam sebenar

      Like

  3. Saya isteri kedua, suami saya tidak dapat berlaku adil dalam giliran, dan dia telah menidakkan hak saya sebagsk seorang isteri dengan mnyatakan kepada isteri pertama bersama keluarga isteri pertama dan suami bahawa dia telah menceraikan saya.Dan kini saya tidak lagi tinggal sebumbung dgn dia,dia masih meminta masa lagi setelah 6 bulan perkahwinan kami tapi saya telah berniat untuk memohon fasakh adakah saya layak? tolong bantu saya.

    Like

    • Puan boleh mohon fasakh atas alasan tidak berlaku adil dalam poligami. Cukup satu alasan sahaja. Puan boleh failkan kes di Mahkamah Rendah Syariah di mana puan tinggal. Bawa semua dokumen perkahwinan dan ic semasa dtg untuk daftar. Selepas tu puan kena fikirkan mcmmana nak buktikan suami x berlaku adil. Dalam poligami adil paling utama ialah giliran. Puan boleh bawa saksi seperti adik beradik, kawan, jiran dll. Selalunya semasa sebutan kes, hakim akan bertanya kepada suami sama ada mahu melepaskan isteri secara baik atau tidak. Kalau suami setuju, kes di tukar kepada cerai secara baik. Selesai satu hari. InsyAllah

      Like

  4. Isteri tdk melayani sy selama 4 tahun lebih sejak kelahiran anak pertama sehingga kini..dan keluar rumah dan tinggal berasingan..dan menuntut fasakh..mengatakn bahawa sy tdk mmberi nafkah..sy terpaksa bank in kn duit nafkah ke dlm akaun nye untuk pembuktian..mengatakn letih kerja dan tdk dpt melayani sy..sedangkn dia berkerja ditempat berhawa dingin..dan anak kami baru seorang…bagaimana pandangan tuan mengenai kes sy ni..kes bicara 19.2.2019

    Like

    • Terpulang kepada encik untuk setuju dengan tuntutan atau tidak. Sekiranya tidak setuju, hakim akan minta encik buat pembelian secara bertulis, selepas tu baru mula bicara. Encik dgr apa alasan dan pembuktian isteri, apabila sudah selesai baru giliran encik untuk membuktikan mcm resit dah sebagainya, sekiranya encik berkemampuan boleh dapatkan khidmat peguam

      Like

  5. As slm

    Mohon penjelasan kes berikut dimana isteri telah mengisi borang permohonan fasakh tetapi dia berasa serba salah kerana memikirkan anak2 dan merasa simpati dgn suami. Untuk makluman, tiada nafkah yg diberikan kepada isteri sepanjang perkahwinan.

    Like

    • Wslam, maaf jika saya ingin bertanya. Apakah maksud puan tiada nafkah diberikan sepanjang perkahwinan. Adakah puan maksudkan nafkah dalam bentuk wang? Nafkah ialah keperluan asas, maka bayar sewa rumah, bil2, belikan barang keperluan dapur untuk isteri dan anak-anak itu dikira nafkah. Mungkin maksud puan ialah tidak mencukupi. Tidak cukup dan tidak beri dua situasi yang berbeza. Dalam undang-undang sebut tidak memberi langsung. Tetapi sekiranya tidak cukup sehingga membebankan puan, puan boleh jmemohon fasakh dan hakim akan membuat pertimbangan berdasarkan pembuktian puan nanti. Terima kasih.

      Like

  6. Assalamualaikum.
    Sy ingin bertanya. Bagaimana jika saya sendiri sebagai isteri tidak lagi mempunyai perasaan apa apa terhadap suami sy dan sy tidak mampu untuk menjadi isteri yang taat dan tidak boleh melayani kehendak suami atas kesilapan yang pernah suami sy lakukan 4 tahun yang lepas. Dan sy minta suami untuk lepas kan sy. Tapi suami tidak mahu. Adakah sy dibolehkan untuk menuntut fasakh ?

    Like

  7. As slm saudara Suhaizad,

    Saya kurang jelas maksud fasakh. Adakah suami isteri tidak boleh rujuk semula melainkan isteri kahwin lain dan selepas bercerai dengan suami kedua baru boleh kahwin dengan bekas suami?

    Mohon pencerahan

    Stk
    Ws slm

    Like

    • Penjamin hutang adalah tertakluk kepada pihak bank. Puan bo’eh bertanya kepada pihak bank.Tapi di Mahkamah Syariah terma itu boleh di mohon mungkin dalam kes Tuntutan Harta Sepencarian, dalam kes fasakh ianya tidak sesuai

      Like

  8. kalau sepanjang perkahwinan saya, suami x beri nafkah pada isteri dan isteri mengandung dan bekerja sedangkan suami tidak bekerja dan hanya dduk di rumah sahaja..bil2 rumah bnyak ibu mertua saya dan adik ipar saya yg bantu..apa perlu saya buat?

    Like

  9. Assalamualaikum….saya ingin bertanya jika saya telah membuat tuntutan fasakh…dan ingin menarik balik tuntutan tersebut bagaimana prosedurnya.

    Like

  10. Salam encik saya Batu nak buat tuntutan fasakh tapi esok saya diberikan notis dtg ke mahkamh until penrinth taat kembali sdgkan suami saya telahpun memukul say sehingga lebam

    Like

  11. Assalam encik. soalan sy:
    1. if suami curang, banyak menipu isteri, gunakan duit isteri, apa tindakan isteri pada suami yang macam ni ye?
    2. nafkah (wang) pernah culas masa early marriage, tp sekarang dah autodebit. boleh ke isteri tuntut semula nafkah awal-awal yang culas tu?
    3. hak penjagaan anak boleh dapat pada isteri ke if sepanjang tempoh pregnant,bersalin,berpantang,barang2 baby si isteri yang settlekan sendiri? sebab si suami berebut nak hak menjaga anak.
    terima kasih.

    Like

    • Wslam.
      1. Boleh failkan perceraian biasa atau fasakh atau taklik
      2. Boleh cuba mohon di Mahkamah, dapat atau tak itu terpulang kepada Mahkamah
      3. Hak jagaan anak lelaki bawah 7 tahun atau anak perempuan 9 tahun hak ibu kecuali ibu ada sebab2 tak layak jaga anak. Bapa tetap dapat hak bermalam dan melawat anak. Hak bapa tak boleh dinafikan.

      Like

  12. Assalammualaikum En..
    Saya pernah membuat tuntutan fasakh sebelum ini & menarik balik tuntutan tersebut dengan dengan alasan suami akan berubah/berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya (suami kerap ditangkap dan ditahan dilokap polis kerana kes dadah) dan saya mengambil kira keadaan anak pada waktu tersebut.
    Sekali lagi, suami saya ditangkap baru-baru ini dirumah sewa kami dan seperti biasa akan disaksikan oleh anak-anak kami. Pihak polis memaklumkan kepada saya, suami akan dihantar ke penjara kerana tiada tiada pihak yang menjamin beliau. Soalan saya :
    1) Perlukah saya menunggu tempoh tiga (3) bulan selepas suami ditangkap untuk saya memohon fasakh sekali lagi atau boleh terus membuka fail semula walaupun saya tidak tahu berapa lama suami ditahan dipenjaran.
    Untuk makluman encik, saya sedang mengandung 3 bulan (anak kelima) & suami tidak mempunyai pekerjaan tetap.
    Terima kasih.

    Like

  13. Salam.. saya nak minta pendapat. Suami telah melafaz talak pada saya kerana orang ketiga, namun kami telah rujuk semula kerana anak2.. walaubagaimanapun, atas sebab kecurangan suami saya tidak boleh terima dan hilang kepercayaan serta kerap bergaduh. Saya membuat keputusan untuk bercerai, namun suami tidak mahu melafaz talak pada saya dan minta untuk saya failkan penceraian. Soalan saya, adakah bila saya failkan penceraian ia dikategorikan sebagai fasakh? Apa alasan yang boleh digunakan untuk penceraian tersebut? Atau cara lebih baik untuk bercerai tanpa fasakh?

    Like

    • Assalammualaikum, terdapat beberapa cara bagi membubarkan perkahwinan seperti fasakh, taklik, permohonan cerai dsbg. Puan boleh memilih untuk membuat permohonan cerai, tetapi kuasa talak hanya pada suami. Ini bermaksud mahkamah akan memanggil kedua2 pihak dan sekiranya suami setuju lafaz cerai boleh dilakukan, sekiranya tidak, ia perlu pergi ke prosiding seterusnya. Puan boleh mohon fasakh sekiranya ada alasan. Kuasa fasakh terletak pada mahkamah bukan suami. Sekiranya puan cukup bukti, mahkamah boleh menjauhkan fasakh dan menfarakkan nikah.

      Like

  14. salam tuan.. nak buat permohonan isteri kembali taat di mahkamah syariah shah alam @ langkawi?
    utk pengetahuan tuan, sya kerja di shah alam(isteri tgal bersama2 dan dibawa pulang oleh mertua di langkawi)

    Like

  15. salam tuan,
    macam mana kalu jadi kes spt ini:
    1. isteri mohon fasakh di mahkamah, berapakah selalunya saman yg dikeluarkan mahkamah pd suami? atau
    2. suami menyuruh isteri membuat permohonan khuluq atau tebus talak. adakah salah suami meminta RM5776 atau dikurangkan mengikut kemampuan isteri?
    3. diantara isteri membuat permohonan tebus talak atau isteri membuat permohonan fasakh, yg mana lgi mudah utk urusan peceraian?
    minta pendapat tuan

    Like

    • Wslam, berhubung soalan yang diajukan:
      1. Kes fasakh mahkamah akan panggil bicara dalam tempoh 21 hari sekiranya suami berada sama negeri, lebih dari itu sekiranya suami berada di negara lain
      2. Khuluk x salah suami mintak sebanyak itu sekiranya isteri mampu bayar dan setuju sekiranya tak setuju mahkamah akan tetapkan
      3. Khuluk lebih mudah dari fasakh, sebab pembuktian fasakh lebih ketat

      Like

      • Assalamualaikum… Boleh ke tuntut fasakh atas alasan tak bagi nafkah zahir. Saya, suami, anak2 semua tinggal bersama mertua. Setiap bulan suami saya bagi duit pada bapa mertua saya untuk bt bayaran bil2 dan beli barang2 dapur. Setiap bulan mmg suami sy tak bg duit. Saya bekerja so perbelanjaan sy guna duit saya sendri. Bl dia dapat bonus baru dia bagi duit pada saya. Saya masih boleh tuntut ke fasakh atas alasan tak bagi nafkah zahir?

        Like

      • Wslam, puan boleh menuntut tapi kena pastikan ada bukti bayaran tidak pernah dibuat atau tidak cukup. Bukti boleh melalui saksi dll. Tapi perky ingat, nafkah zahir bukan duit. Rumah, makan dan pakaian itu nafkah, kalau suami sudah sediakan rumah dll kenapa maish nak minta duit

        Like

  16. Aslm Tuan, tuntutan fasakh saya telah diluluskan pada 3/2/20 baru2 ini, selepas kes saya file kan hampir 5 tahun lepas. W/bagaimana pun, defenden telah mem file rayuan terhadap keputusan tersebut pada hari yang sama. Sejak itu, saya tidak menerima apa2 hitam putih dari mahkamah shariah dan kes macam x ada progress langsung. Apa yang perlu saya lakukan sebagai tindakan susulan? Minta sgt panduan dan nasihat. Terima kasih.

    Like

  17. Suami saya tidak mengajari saya dan anak2 mengenai agama..saya terasa keluarga kami jauh dari agama jika hubungan suami isteri berterusan.adakah saya layak menuntut fasakh?

    Like

  18. Suami berkahwin lain di Thailand tanpa mendapat persetujuan dari saya isterinya. Saya tidak bersetuju untuk berpoligami kerana saya tahu suami saya tidak mampu dari segi kewangan. Selama perkahwinan kebanyakan perbelanjaan rumah, bil-bil, cukai pintu, cukai tanah, pembelian kereta pun kesemua atas nama saya sebab nama suami dah tersenarai dalam black list dan belanja anak-anak di bawah tanggunggan saya. Suami hanya membayar pinjaman rumah setiap bulan. Itu pun disebabkan potongan gaji.Pinjaman rumah hampir 67% di bawah potongan gaji saya. Cuma di waktu PKP ni suami baru bagi duit disebabkan potongan pinjaman peribadinya tidak di potong. Adakah perkara ini akan menyukarkan saya untuk membuat tuntutan fasakh. Adakah saya boleh membuat tuntutan berdasarkan perbelanjaan sebelum-sebelum ini.
    Dari segi penggiliran didapati suami tidak berlaku adil. Giliran bermalam tidak pernah sama pada pihak saya. Pernah 1 bulan., suami hanya berada di rumah saya hanya 11 hari.
    Saya ingin membuat aduan berkenaan perkahwinannya tanpa keinzinan saya.
    Saya juga ingin memfailkan fasakh kerana ketidakmampuan suami dari segi kewangan dan tidak berlaku adil.
    Apakah bukti-bukti yang perlu saya sertakan bagi menyokong tuntutan saya.
    Sekian. Terima kasih

    Like

    • Pertama sekali, perkahwinan poligami tidak perlu mendapat keizinan dari isteri sedia ada. Walaupun begitu, isteri pertama perlu untuk diberitahu.
      Salam kes puan, pendapat saya alasan fasakh boleh dilakukan dinyatakan ialah suami tidak bersikap adil. Selain tak adil dari sudut giliran dia juga tak memberikan nafkah Zahir. Boleh bawa bukti saksi2 sama ada anak2 yang dah cukup umur, jiran2 atau saudara mara yang kata bahawa suami selalu tak pulang rumah dan bagi perbelanjaan tak cukup.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s