FASAKH: ALASAN, KESAN DAN ULASAN KES

MAKSUD
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui kuasa hakim diatas sebab-sebab yang diharuskan.

KUASA UNTUK MEMFASAKHKAN

Dalam undang-undang di negara kita, kuasa memfasakhkan sesuatu perkahwinan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berbidangkuasa ialah Mahkamah Rendah Syariah.

SIAPA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN FASAKH

Sebenarnya suami dan isteri kedua-duanya boleh menuntut fasakh di mahkamah. Suami juga mempunyai alasan-alasan yang membolehkan dia menuntut fasakh, Kenapa? Kerana kesan fasakh adalah berbeza dari perceraian biasa. Begitu juga suami boleh untuk tidak membayar mahar diatas keadaan dan sebab tertentu.

PROSEDUR

Tuntutan perlu dilakukan dengan mengisi penyata tuntutan yang disediakan mahkamah sekiranya tidak menggunakan khidmat peguam. Pada ruangan alasan, sebaiknya tuliskan alasan-alasan bersama peruntukan perundangan. Misalnya, suami tidak membayar nafkah zahir isteri dan anak-anak selama lebih 6 bulan sepertimana yang dinyatakan pada seksyen 52 (1) (b) Akta Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 . Sekiranya anda menulis alasan yang banyak, kesemua alasan tersebut perlu dibuktikan. Oleh itu, alasan yang sedikit dengan pembuktian yang kuat lebih baik dari 10 alasan dengan tidak ada pembuktian. Saranan saya pilihlah beberapa alasan yang kuat yang mudah untuk dibuktikan.

Oleh kerana fasakh merupakan kes tuntutan, maka prosuder saman adalah diperlukan. Mahkamah akan menghantar saman kepada Defendan. Defendan perlu menandatangani saman tersebut untuk membolehkan perbicaraan di jalankan. Oleh itu, alamat Defendan adalah penting. Saman akan dihantar oleh mahkamah yang terhampir pada waktu bekerja, oleh itu alamat tempat kerja Defendan lebih praktikal untuk diserah. Melainkan Plaintif dan Defendan telah berbincang mengenai penyerahan saman. Walaubagaimanapun, sekiranya Defendan tidak ada di rumah semasa penyerahan saman oleh penghantar saman, saman gantian seperti secara tampal akan wdilakukan. Cuma ianya memakan masa kerana saman gantian perlu diarahkan oleh hakim semasa dalam perbicaraan. Sekiranya segala usaha telah dilakukan dan Defendan masih tidak hadir, mahkamah akan memulakan prosiding perbicaraan tanpa kehadirann Defendan.

MENUKAR KES FASKAH KEPADA KES PERCERAIAN BIASA

Semasa di dalam prosiding perbicaraan,kebiasannya hakim akan bertanya kepada pihak suami sama ada perbincangan telah dilakukan kepada pihak isteri berkaitan tuntutan fasakh tersebut. Hakim juga biasanya akan menanya kepada suami adakah suami menzahirkan persetujuan tuntutan tersebut. Sekiranya, suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah akan menukar kes tuntutan fasakh tersebut kepada kes perceraian biasa. Maka, lafaz cerai boleh dilakukan semasa hari perbicaraan itu juga dengan syarat bahawa isteri dalam keadaan suci.

KESAN FASAKH

Kesan ini menyebabkan fasakh berbeza dari perceraian secara biasa. Apabila hakim menjatuhkan fasakh terhadap suami atau isteri, maka talak yang gugur ialah TALAK BAIN SUGHRA dimana bekas suami dan isteri tidak boleh merujuk semula dan tidak boleh berkahwin semula melainkan dengan akad nikah yang baru. Fasakh juga tidak mengurangkan bilangan talak. Misalnya mahkamah memfasakhkan pernikahan Ahmad dan Siti buat kali pertama dan mereka tidak pernah bercerai. Sekiranya kedua-dua mereka berkahwin semula, maka bilangan talak yang Ahmad ada masih lagi tiga.

ALASAN-ALASAN FASAKH

Fasakh boleh dimohon berdasarkan alasan-alasan berikut:

(Merujuk kepada Seksyen 52. Akta Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 , sek.53 Enakmen Keluarga Islam ( Negeri Sembilan ) dan ( Selangor) 2003 )

Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh:

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(1A) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang persetubuhan.

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

PEMBUKTIAN

Dalam apa juga permohonan, pembuktian itu amat penting. Hakim tidak boleh membuat keputusan dengan baik sekiranya pihak-pihak tidak mengemukakan pembuktian. Dalam kes fasakh pihak yang mendakwa iaitu Plaintif perlu mengemukakan pembuktian. Misalnya suami tidak memberi nafkah yang mencukupi selama lebih 5 bulan. Maka, pembuktian melalui dokumen seperti penyata akaun Plaintif, pembuktian melalui lisan seperti saksi dari kalangan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat atau jiran diperlukan. Apa-apa bentuk pembuktian amat diperlukan bagi membantu hakim membuat keputusan.

APA BEZA FASAKH DAN CERAI TAKLIK?

Cerai taklik yang dimaksudkan disini ialah berdasarkan lafaz taklik yang diucapkan oleh pengantin lelaki ketika majlis akad nikah. Dari aspek persamaan, kedua-dua jenis perceraian ini hanya diberikan kepada kuasa mahkamah untuk memutuskan. Namun begitu terdapat beberapa perbezaan iaitu tidak semua sebab-sebab yang mengharuskan taklik merupakan sebab-sebab membolehkan berlakunya fasakh. Kebanyakan negeri menyediakan lafaz taklik sekiranya suami meninggalkan isteri selama tiga atau empat bulan tanpa apa-apa nafkah, atau menyakiti tubuh badan isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk cerai secara taklik sedangkan fasakh lebih daripada itu. Suami dan isteri boleh memohon fasakh sedangkan bagi cerai taklik hanya pihak isteri sahaja yang memohon . Selain itu, kesan Fasakh ialah gugurnya talak Bain Sughra manakala cerai taklik adalah jatuh talak satu dan isteri perlu membayar khuluk sebagai wang tebusan.

SEKIRANYA SUAMI SELALU MEMUKUL ISTERI, APA YANG PERLU DILAKUKAN

Isteri mempunyai dua pilihan sama ada memohon fasakh atau memohon cerai taklik (sekiranya lafaz taklik ada dinyatakan di dalam sijil nikah). Sekiranya memohon fasakh, peruntukan yang membenarkan ialah (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya. Oleh itu apabila isteri dipukul secara sengaja perkara yang perlu dilakukan ialah 1. Membuat laporan polis 2. Membuat pemeriksaan kesihatan ( medical check-up) lebih baik di Klinik atau Hospital Kerajaan 3. Mengambil gambar kesan lebam atau kecederaan tersebut.

SEKIRANYA SUAMI BERPOLIGAMI DAN TIDAK BERLAKU ADIL

Sebab yang mengharuskan ialah :Seksyen 53 h (vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak. Isteri perlu membuktikan bahawa suami tidak berlaku adil dari sudut giliran bermalam, nafkah zahir dan lain-lain.

SUAMI DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA

Hukuman penjara yang dikenakan perlulah selama tiga tahun atau lebih. Selepas suami menjalani hukuman penjara selama setahun barulah isteri dibenarkan untuk memohon fasakh. Dalam kes sebegini, alamat penjara yang berkaitan diperlukan, kerana mahkamah akan menghantar notis kepada pihak penjara berkaitan untuk dibawa ke mahkamah ketika hari perbicaraan.

ULASAN KES

  1. Badrolhisyam bin Khalid lwn Masriah Hj.Ismail ( JH 41 BHG 1, 2015)

Kes ini merupakan kes rayuan fasakh yang difailkan oleh Perayu terhadap isterinya iaitu Defendan untuk menyemak semula keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor pada 15 Mac 2007 yang mensabitkan perceraian secara faskah. YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Muar dalam penghakimannya menyebut bahawa Defendan telah berjaya membuktikan dua perkara asas iaitu;1. Suami lazim menyakiti hingga menyebabkan kehidupan isteri menderita . 2, Suami mempunyai dua orang isteri dan tidak melayan isteri secara adil mengikut hukum syarak. Mahkamah Tinggi Syariah berpendapat bahawa isteri telah membuktikan bahawa ia telah dikasari oleh bekas suami sejak dari awal perkahwinan . Antara lain sering memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti sial, babi, isteri tidak berguna atau pergi mampus. Dalam satu pertengkaran juga suami telah membaling kerusi hingga menyebabkan kecedaraan. Defendan telah membat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospoital Batu Pahat. Panel Hakim Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Di atas alasan tersebut maka, tuntutan fasakh disabitkan.

2. Zulrina binti Zahari lwn Mohd Shu’aib bin Ishak ( JH 38 BHG.1, 2014)

Kes ini juga merupakan kes rayuan fasakh diatas penghakiman Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonan perayu. Perayu semasa di peringkat Mahkamah Rendah telah mengemukakan alasan-alasan berikut: 1. Suami telah cuai dan tidak membayar nafkah selama lebih tempoh tiga bulan 2.Suami tidak menunaikan nafkah batin lebih dari satu tahun 3. Suami tidak berlaku adil terhadap dua orang isteri 4. Suami menganiaya perayu dan menyebabkan kehidupan menderita.

Mahkamah Rendah Syariah telah menolak permohonan tersebut dengan alasan 1. Isteri telah disabitkan nusyuz sebelum tuntutan fasakh dibuat 2. Isteri gagal membuktikan kesnya berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan. Keputusan dan alasan yang sama juga diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan pula, terdapat 4 isu yang telah diulas. 1. Sama ada pihak perayu perlu membuktikan kesemua 4 alasan fasakh atau memadai salah satu sahaja. Hakim -hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dalam isu ini. Ini kerana isteri hanya perlu membuktikan salah satu alasan sahaja. 2. Sama ada pihak suami telah cuai dan tidak membayar nafkah lebih dari tiga bulan. Hakim -hakim Mahkamah Rayuan telah berpendapat bahawa berlakunya pengurangan nafkah, bukannya tidak membayar nafkah. 3. Berhubung sabitan nusyuz, mahkamah berpendapat bahawa tiada sabitan nusyuz kerana isteri hanya menerima Notis isteri kembali taat, tiada kesalahan nusyuz penah disabitkan. Oleh itu isteri tetap layak mendapat nafkah zahir. 4. Berhubung nafkah batin, mahkamah bersetuju bahawa isteri telah gagal membuktikan bahawa suami tidak mahu menyetubuhinya. 5. Berhubung tidak adil terhadap isteri-isteri, suami telah mengurangkan nafkah dari RM 6 ribu sebulan secara berperigkat dengan alasan isteri telah tidak taat atau nusyuz. Mahkamah Rayuan mendapati bahawa sabitan nusyuuz adalah tidak sah. Alasan masalah kewangan juga telah ditolak oleh mahkamah kerana perbelanjaan suami yang menunjukkan kemampuan. Oleh itu, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan pihak isteri atau perayu bahawa disabitkan fasakh kerana suami atau Responden tidak melayani isteri ecara adil mengikut Hukum Syarak.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan di dalam kes ini iaitu cukup dengan satu alasan dengan pembuktian untuk mensabitkan fasakh. Selain itu, nusyuz tidak sabit dengan sendirinya walaupun mahkamah memutuskan isteri perlu kembali taat kepada suami, oleh itu nafkah zahir tetap berjalan seperti biasa.

91 comments

    • Assalamualaiku…selamat malam..sy berlaku saman penceraian…sy pada masa tu dapat sediakan rumah atau tempat tinggal dan makan pon kurang sangat..sbb atas alasan,sy tidak mendapat kerja..tetapi sy sediakan tempat tinggal…boleh kah kalau saya ingin menolak dan enggan melepaskan isteri sy..sebab atas alasan sy memiliki anak yang masih kecil..cuma saya mengaku salah saya mngakibatkan berpindah..sy tidak mahu sehingga berlaku penceraian..atas kesalahan saya yang dia failakan 1 sebab tidak tunaikan nafkah..meskipun pada masa tu saya hanya mampu sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak je..boleh bg penjelasan…bagimana cra untuk sy menolak tuntutan fasakg tersebut di mahkamah..

      Like

  1. Salam maaf bertanya kalau kes mcm sy ni …da 6 tahun tidak tinggal sebumbung dan tak tau keberadaan suami selama 6thn tu jgk … ape perlu sy buat … ?? Sy da buat tuntutan fasakh tpi biasa hakim akan bg jawapan suami mesti hadir jgk … sedang kan sy tidak tahu mane suami berapa …

    Like

    • Wslam,puan suami tak diketahui setahun sahaja dah boleh mohon. Setahu saya hakim tak akan mintak suami wajib hadir kalau tak tahu, tapi puan mesti tahu alamat , letak sahaja alamat kampung dah memadai sebab puan memang tak tahu di.mana suami berada, bila hakim tanya puan mohon jangan jawab teragak2, puan kena yakin bgtau tak pernah jumpa

      Like

  2. apa yang sy perlu lakukan jika suami sy gagal memberikan nafkah kepada saya selama kami bersama??

    Like

  3. Assalamualaikum sy Pn lyyn Kedah…sy nk tya suami tk tunai kn nafkah batin selama 6 bln & suka maki hamun dpn ank²…sy nk tahu boleh tak sy tuntut fasakh…

    Like

    • Wslam, maaf kerana terlewat membalas pertanyaan. Kalau nafkah batik kena tunggu satu tahun. Tapi sekiranya puan ada alasan lain, boleh fikirkan contoh nya nafkah zahir, atau selalu pukul, atau suami x ikut ajaran Islam sebenar

      Like

  4. Saya isteri kedua, suami saya tidak dapat berlaku adil dalam giliran, dan dia telah menidakkan hak saya sebagsk seorang isteri dengan mnyatakan kepada isteri pertama bersama keluarga isteri pertama dan suami bahawa dia telah menceraikan saya.Dan kini saya tidak lagi tinggal sebumbung dgn dia,dia masih meminta masa lagi setelah 6 bulan perkahwinan kami tapi saya telah berniat untuk memohon fasakh adakah saya layak? tolong bantu saya.

    Like

    • Puan boleh mohon fasakh atas alasan tidak berlaku adil dalam poligami. Cukup satu alasan sahaja. Puan boleh failkan kes di Mahkamah Rendah Syariah di mana puan tinggal. Bawa semua dokumen perkahwinan dan ic semasa dtg untuk daftar. Selepas tu puan kena fikirkan mcmmana nak buktikan suami x berlaku adil. Dalam poligami adil paling utama ialah giliran. Puan boleh bawa saksi seperti adik beradik, kawan, jiran dll. Selalunya semasa sebutan kes, hakim akan bertanya kepada suami sama ada mahu melepaskan isteri secara baik atau tidak. Kalau suami setuju, kes di tukar kepada cerai secara baik. Selesai satu hari. InsyAllah

      Like

    • Assalamualaikum.. sya nak tya.. mcm sya ni lepas kwin baru thu yg sya ada penyakit MRKH .. sya xde rahim.. boleh ke sya tuntut fasakh atas alasan sya xde rahim dan x boleh bagi suami zuriat.. sya bertya sbb suami x mahu lepaskan/ceraikan sya.. sya stress bila fikirkn psl anak ni sbb sya x boleh mngandung.. sya malu dgn family suami dan takut mereka x dapat terima sya bila dpt thu sya xde rahim

      Like

  5. Isteri tdk melayani sy selama 4 tahun lebih sejak kelahiran anak pertama sehingga kini..dan keluar rumah dan tinggal berasingan..dan menuntut fasakh..mengatakn bahawa sy tdk mmberi nafkah..sy terpaksa bank in kn duit nafkah ke dlm akaun nye untuk pembuktian..mengatakn letih kerja dan tdk dpt melayani sy..sedangkn dia berkerja ditempat berhawa dingin..dan anak kami baru seorang…bagaimana pandangan tuan mengenai kes sy ni..kes bicara 19.2.2019

    Like

    • Terpulang kepada encik untuk setuju dengan tuntutan atau tidak. Sekiranya tidak setuju, hakim akan minta encik buat pembelian secara bertulis, selepas tu baru mula bicara. Encik dgr apa alasan dan pembuktian isteri, apabila sudah selesai baru giliran encik untuk membuktikan mcm resit dah sebagainya, sekiranya encik berkemampuan boleh dapatkan khidmat peguam

      Like

  6. Isteri tdk melayani sy selama 4 tahun lebih sejak kelahiran anak pertama sehingga kini..dan keluar rumah dan tinggal berasingan..dan menuntut fasakh..mengatakn bahawa sy tdk mmberi nafkah..sy terpaksa bank in kn duit nafkah ke dlm akaun nye untuk pembuktian..mengatakn letih kerja dan tdk dpt melayani sy..sedangkn dia berkerja ditempat berhawa dingin..dan anak kami baru seorang…bagaimana pandangan tuan mengenai kes sy ni..kes bicara 19.2.2019

    Like

  7. As slm

    Mohon penjelasan kes berikut dimana isteri telah mengisi borang permohonan fasakh tetapi dia berasa serba salah kerana memikirkan anak2 dan merasa simpati dgn suami. Untuk makluman, tiada nafkah yg diberikan kepada isteri sepanjang perkahwinan.

    Like

    • Wslam, maaf jika saya ingin bertanya. Apakah maksud puan tiada nafkah diberikan sepanjang perkahwinan. Adakah puan maksudkan nafkah dalam bentuk wang? Nafkah ialah keperluan asas, maka bayar sewa rumah, bil2, belikan barang keperluan dapur untuk isteri dan anak-anak itu dikira nafkah. Mungkin maksud puan ialah tidak mencukupi. Tidak cukup dan tidak beri dua situasi yang berbeza. Dalam undang-undang sebut tidak memberi langsung. Tetapi sekiranya tidak cukup sehingga membebankan puan, puan boleh jmemohon fasakh dan hakim akan membuat pertimbangan berdasarkan pembuktian puan nanti. Terima kasih.

      Like

      • Maaf saya terlupa….nafkah zahir & keperluan isteri seperti pakaian. Alasan suami duit tersebut telah habis untuk jelaskan bil2 dan sebagainya.

        Like

  8. Maaf, saya terlupa…nafkah zahir seperti duit belanja setiap bulan & keperluan seperti pakaian. Alasan suami duit telah habis untuk membayar bil2 dan kereta.

    Like

  9. Assalamualaikum.
    Sy ingin bertanya. Bagaimana jika saya sendiri sebagai isteri tidak lagi mempunyai perasaan apa apa terhadap suami sy dan sy tidak mampu untuk menjadi isteri yang taat dan tidak boleh melayani kehendak suami atas kesilapan yang pernah suami sy lakukan 4 tahun yang lepas. Dan sy minta suami untuk lepas kan sy. Tapi suami tidak mahu. Adakah sy dibolehkan untuk menuntut fasakh ?

    Like

      • Assalamualaikum tuan, saya tak pasti kalau tuan masih melihat atau guna blog ini lagi…
        Tapi sy usaha ja lah utk tanya pendapat mengenai tuntutan fasakh ni.

        Sebelum tu cerita ringkasnya begini:-

        1) Sepasang suami isteri pernah berpisah (suami menceraikan isteri) dan rujuk semula sebanyak 2 kali.

        2) kali ini Isteri mahu tuntut fasakh sbb suami tidak berubah, berhutang dgn ahlong dan kini isteri diganggu oleh ahlong dan dimalukan sehingga isteri hidup tertekan.

        3. Suami tidak mahu melafazkan cerai. Jika mahu bercerai, suami menuntut gantirugi puluhan ribu dan hak jaga anak.

        4. Isteri berasa teraniaya sbb suami telah siap sedia membuat laporan polis utk tuntut hak jagaan anak dan gantirugi jika isteri teruskn tuntut fasakh.

        Soalan sy :-
        A) adakah isteri boleh gunakan kenyataan no.2 diatas utk tuntut fasakh?

        B) Adakah suami akan dapat hak penjagaan anak dan berhak tuntut gantirugi setelah fasakh?

        Like

      • Wslam, untuk soalan pertama, boleh tapi kena buktikan bahawa memang wujud hutang sehingga menyebabkan gangguan keselamatan dalam hidup.
        2. Berkaitan hak jagaan anak tgk pada umur dan jantina anak. Boleh baca penulisan saya mengenai hak jagaan anak. Gantirugi tiada dalam Islam. Mutaah ialah saguhati suami kepada isteri. Selepas berlaku perceraian suami boleh mohon harta sepencarian dan suami yang perlu bayar mutaah, nafkah eddah, nafkah anak sekiranya anak berada dalam jagaan puan.

        Like

  10. As slm saudara Suhaizad,

    Saya kurang jelas maksud fasakh. Adakah suami isteri tidak boleh rujuk semula melainkan isteri kahwin lain dan selepas bercerai dengan suami kedua baru boleh kahwin dengan bekas suami?

    Mohon pencerahan

    Stk
    Ws slm

    Like

  11. Sy penjamin kpd hutang suami. Boleh ke dlm tuntutan fasakh sy ingin dibatalkan sbg penjamin hutangnya?

    Like

    • Penjamin hutang adalah tertakluk kepada pihak bank. Puan bo’eh bertanya kepada pihak bank.Tapi di Mahkamah Syariah terma itu boleh di mohon mungkin dalam kes Tuntutan Harta Sepencarian, dalam kes fasakh ianya tidak sesuai

      Like

  12. kalau sepanjang perkahwinan saya, suami x beri nafkah pada isteri dan isteri mengandung dan bekerja sedangkan suami tidak bekerja dan hanya dduk di rumah sahaja..bil2 rumah bnyak ibu mertua saya dan adik ipar saya yg bantu..apa perlu saya buat?

    Like

  13. Assalamualaikum….saya ingin bertanya jika saya telah membuat tuntutan fasakh…dan ingin menarik balik tuntutan tersebut bagaimana prosedurnya.

    Like

  14. Assalamualaikum En. Suhaizad, disini saya ingin meminta pandangan mengenai kes saya. Saya ada anak 4 orang, suami saya seorang yang panas baran, bila dia naik marah dia pukul anak2 saya yang no 1 & 2. Dia ada juga pukul saya, cekik maki hamun dengan kata2 yang tak baik…Suami ada kad mental….dia dulu excident moto…mula2 saya pun tak tahu dia ada kad mental…dia kata lepas excident memang dia ada buat terapi…tapi dah lama tak buat dah…pernah 1 ketika dia pukul sampai bibir berdarah, saya terus buat laporan dibalai polis dan pergi Hospital selayang untuk mendapat rawatan disana…kes saya di ambil oleh sarjan IPD Sentul. Sarjan tu ada menasihati suami saya agar berubah…tapi dia masih tetap yang sama cuma dah kurang pukul2 nie…sekarang saya asik bergaduh dengan suami….suami kadang2 kerja…lepas tu berhenti….kerja sekejap…berhenti…saya yang menanggung segala perbelanjaan rumah termasuk anak2…..jika saya meminta fasakh adakah kes saya ini diterima? Apa yang perlu saya lakukan en….anak2 pun dah jadi mental toucher disebabkan suami…

    Like

  15. Salam encik saya Batu nak buat tuntutan fasakh tapi esok saya diberikan notis dtg ke mahkamh until penrinth taat kembali sdgkan suami saya telahpun memukul say sehingga lebam

    Like

  16. Assalamualaikum tuan,
    saya membuat tuntutan cerai atas persetujuan bersama terhadap suami pada mac 2019, bukti sms suami mahu juga bercareri dan tuntutan saya atas sebab 1. tidak mencintai suami 2. suami tidak menjalankan tanggungjawab sbg seorg suami dan ayah kepada anak-anak 3. gagal memberi nafkah zahir selama 3 bulan berturut-turut.
    Tuntutan carai tidak berjaya kerana suami bertindak tidak mahu melepaskan selepas perbicaraan pertama. dan suami berjanji untuk memberi nafkah dan tempat tinggal.
    hanya sebulan selepas saya gugurkan tuntutan suami kembali gagal menepati janji,
    Mei 2019 saya buat tuntutan Fasak atas alasan yang sama, sehingga oktober 2019 masih dalam perbicaraan sebab suami masih mau mempertahankan rumatangga,dalam masa tuntutan fasak saya keluar rumah dimana memang selama saya berkahwin saya memang tinggal bersama ibu bapa saya sebab suami tidak mempunyai rumah dan saya ambil keputusan menyewa di luar atas dasar tidak mahu bersama suami.adakah saya boleh di sabitkan nusyuz dan suami ada meminta saya kembali taat pada dia. cuma perasaan saya sebagai isteri sudah tidak boleh menerima dia kembali dan hilang hormat. jika saya kembali bermaksud saya hanya menderita perasaan dan kehidupan saya.
    berkenaan nafkah suami on-off bankin .paling lama selama saya buat tuntutan fasak dia tidak bagi nafkah zahir selama dua bulan berturut. adakah ini di kira gagal pemberian nafkah terhadap saya? begitu juga nafkah batin sudah lebih 6 bulan tidak bersama.
    semua pernyataan pembelaan dia saya sudah balas dengan bukti, adakah tuntutan saya berjaya untuk dapat talak daripada hakim walaupun suami masih enggan menceraikan saya.

    Like

  17. Assalam encik. soalan sy:
    1. if suami curang, banyak menipu isteri, gunakan duit isteri, apa tindakan isteri pada suami yang macam ni ye?
    2. nafkah (wang) pernah culas masa early marriage, tp sekarang dah autodebit. boleh ke isteri tuntut semula nafkah awal-awal yang culas tu?
    3. hak penjagaan anak boleh dapat pada isteri ke if sepanjang tempoh pregnant,bersalin,berpantang,barang2 baby si isteri yang settlekan sendiri? sebab si suami berebut nak hak menjaga anak.
    terima kasih.

    Like

    • Wslam.
      1. Boleh failkan perceraian biasa atau fasakh atau taklik
      2. Boleh cuba mohon di Mahkamah, dapat atau tak itu terpulang kepada Mahkamah
      3. Hak jagaan anak lelaki bawah 7 tahun atau anak perempuan 9 tahun hak ibu kecuali ibu ada sebab2 tak layak jaga anak. Bapa tetap dapat hak bermalam dan melawat anak. Hak bapa tak boleh dinafikan.

      Like

  18. Pernah di pukul tp tidak pernah memdapat kn rawatan atau sukar utk mengambil gambar kerana lebam di belakang bdn dan bengkak2 di kepala…suami sering mempertikai kn kekurangan sy tdk dpt mlyani nafsunya…..serta sntse mncari salah sehingga sy rse ingin bunuh diri tp sentiasa fikir kn ank2….dan keluarga kerana kami prnah cerai dan rujuk kembali……tp tiada apa yg berubah hanya sy yg memendam rasa sehingga tdk dot mnjalani kehidupan dgn baik….adakah sy boleh menuntut cerai kerana sering di ugut begitu….tp suami tdk pnh lafazkn talaq nye

    Like

  19. Assalamualaikum,

    Hope all is well.

    Saya ingin bertanya serta meminta pendapat Tuan.

    Isteri saya keluar rumah dengan alasan lafaz talak luar mahkamah, setelah hari perbicaraan hakim telah memutuskan bahawa lafaz tersebut telah tidak sabit dan kami masih sah suami isteri. Saya juga ada memohon perintah mahkamah untuk hidup bersama semula. Akan tetapi perbicaraan ditangguhkan kerana isteri tidak hadir di hari tersebut. At the same time, isteri juga memohon cerai fasakh dengan tuntutan tidak di berikan nafkah. Ada kah wajib bagi saya untuk memberinya nafkah?

    Keluarga Isteri dan isteri juga menghalang saya dan keluarga dari berjumpa dengan anak perempuan saya yang berumur 15 bulan. Bukan saja menghalang, mereka juga keluar dari rumah kediaman mereka sendiri dan berpindah kerumah saudara agar saya tidak dapat berjumpa dengan anak saya. Sejak pertama keluar rumah dengan alasan di atas, isteri juga langsung tidak update tentang anak dan yang menjaga anak ialah ibu nya serta adik beradik nya. Sedang kan kesemua adik beradik nya sudah mempunyai kelurga masing-masing. Bahkan appointment hospital anak juga ditukarnya ke hospital lain untuk mengelakkan saya dari berjumpa. Please advice apakah tindakan yang harus saya buat.

    Very much appreciate it.

    Thanks.

    Like

  20. assalammualaikum…soalan sy.

    1. awal perkahwinan suami sy sgt baran suka pukul sbb hal2 pergaduhan kecik..tp alhamdulillh baran dia semakin kurang..sblm ni sy xpernah pun bt report atau ape2 tuntutan

    2. ank sorang dia dh bt hal ade pompuan lain smp bil2 rumh tertunggak..dlm masa tu sy kenal pompuan tu dan pompuan tu pun kenal sy… sy tau derang selalu jmp tp suami selalu tipu sy..dh beberapa tahun pompuan tu dh kawin dgb pilihn dia..alhamdulillh masa tu sy brharap sgt suami berubah..dan sy cuba ubah klu ada silap sy

    3. tp lps bersalin ank ke3 suami bt hal lg ade pompuan lain..bertahun2 jgk la ikut suka dia nk pi mn nk blk atau x..selalu sakitkan hati sy..dia dh bt sy n ank2 mcm tunggul je kt umh..dh xde masa lgsg utk kami..nafkah sy kadang dia bg tu pun dlm 100/200sbln untuk ank2 skli…sblm ni 50 je..tu pun klu sy mintak…sy bekerja…kadang dia xcukup duit dia gadai emas yg sy ada..ade duit ke xde duit ke dia tetap kluar..dia ade kt umh nk mndi nk tido je…dia xpernah sedar pun ape yg dia dh bt kt sy n ank2..dia ade masa bwk pompuan tu keluar jln2 cari barang,tp dengn kami lgsg xde masa

    ape perlu sy bt..boleh ke sy bt tuntutan denagn alasan2 sy ni

    Like

    • Puan boleh baca alasan2 fakasah dalam artikel di atas. Namun perlu ditekan bahawa setiap alasan tersebut memerlukan pembuktian dari pihak puan. Sekiranya puan rasa nafkah zahir tidak mencukupi puan boleh mohon tuntutan nafkah isteri dan anak di mahkamah. Sekiranya puan ada bukti untuk membuat tuntutan fasakh,puan boleh membuat tuntuta tersebut.

      Like

  21. Assalammualaikum En..
    Saya pernah membuat tuntutan fasakh sebelum ini & menarik balik tuntutan tersebut dengan dengan alasan suami akan berubah/berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya (suami kerap ditangkap dan ditahan dilokap polis kerana kes dadah) dan saya mengambil kira keadaan anak pada waktu tersebut.
    Sekali lagi, suami saya ditangkap baru-baru ini dirumah sewa kami dan seperti biasa akan disaksikan oleh anak-anak kami. Pihak polis memaklumkan kepada saya, suami akan dihantar ke penjara kerana tiada tiada pihak yang menjamin beliau. Soalan saya :
    1) Perlukah saya menunggu tempoh tiga (3) bulan selepas suami ditangkap untuk saya memohon fasakh sekali lagi atau boleh terus membuka fail semula walaupun saya tidak tahu berapa lama suami ditahan dipenjaran.
    Untuk makluman encik, saya sedang mengandung 3 bulan (anak kelima) & suami tidak mempunyai pekerjaan tetap.
    Terima kasih.

    Like

  22. Salam.. saya nak minta pendapat. Suami telah melafaz talak pada saya kerana orang ketiga, namun kami telah rujuk semula kerana anak2.. walaubagaimanapun, atas sebab kecurangan suami saya tidak boleh terima dan hilang kepercayaan serta kerap bergaduh. Saya membuat keputusan untuk bercerai, namun suami tidak mahu melafaz talak pada saya dan minta untuk saya failkan penceraian. Soalan saya, adakah bila saya failkan penceraian ia dikategorikan sebagai fasakh? Apa alasan yang boleh digunakan untuk penceraian tersebut? Atau cara lebih baik untuk bercerai tanpa fasakh?

    Like

    • Assalammualaikum, terdapat beberapa cara bagi membubarkan perkahwinan seperti fasakh, taklik, permohonan cerai dsbg. Puan boleh memilih untuk membuat permohonan cerai, tetapi kuasa talak hanya pada suami. Ini bermaksud mahkamah akan memanggil kedua2 pihak dan sekiranya suami setuju lafaz cerai boleh dilakukan, sekiranya tidak, ia perlu pergi ke prosiding seterusnya. Puan boleh mohon fasakh sekiranya ada alasan. Kuasa fasakh terletak pada mahkamah bukan suami. Sekiranya puan cukup bukti, mahkamah boleh menjauhkan fasakh dan menfarakkan nikah.

      Like

  23. Sy ingin bertanya. Bagaimana jika saya sendiri sebagai isteri tidak lagi mempunyai perasaan apa apa terhadap suami sy dan sy tidak mampu untuk menjadi isteri yang taat dan tidak boleh melayani kehendak suami atas kesilapan yang pernah suami sy lakukan 4 tahun yang lepas. Dan sy minta suami untuk lepas kan sy. Tapi suami tidak mahu. Bagaimana hendak menuntut cerai di mahkamah ?

    Like

  24. salam tuan.. nak buat permohonan isteri kembali taat di mahkamah syariah shah alam @ langkawi?
    utk pengetahuan tuan, sya kerja di shah alam(isteri tgal bersama2 dan dibawa pulang oleh mertua di langkawi)

    Like

  25. salam tuan,
    macam mana kalu jadi kes spt ini:
    1. isteri mohon fasakh di mahkamah, berapakah selalunya saman yg dikeluarkan mahkamah pd suami? atau
    2. suami menyuruh isteri membuat permohonan khuluq atau tebus talak. adakah salah suami meminta RM5776 atau dikurangkan mengikut kemampuan isteri?
    3. diantara isteri membuat permohonan tebus talak atau isteri membuat permohonan fasakh, yg mana lgi mudah utk urusan peceraian?
    minta pendapat tuan

    Like

    • Wslam, berhubung soalan yang diajukan:
      1. Kes fasakh mahkamah akan panggil bicara dalam tempoh 21 hari sekiranya suami berada sama negeri, lebih dari itu sekiranya suami berada di negara lain
      2. Khuluk x salah suami mintak sebanyak itu sekiranya isteri mampu bayar dan setuju sekiranya tak setuju mahkamah akan tetapkan
      3. Khuluk lebih mudah dari fasakh, sebab pembuktian fasakh lebih ketat

      Like

      • Assalamualaikum… Boleh ke tuntut fasakh atas alasan tak bagi nafkah zahir. Saya, suami, anak2 semua tinggal bersama mertua. Setiap bulan suami saya bagi duit pada bapa mertua saya untuk bt bayaran bil2 dan beli barang2 dapur. Setiap bulan mmg suami sy tak bg duit. Saya bekerja so perbelanjaan sy guna duit saya sendri. Bl dia dapat bonus baru dia bagi duit pada saya. Saya masih boleh tuntut ke fasakh atas alasan tak bagi nafkah zahir?

        Like

      • Wslam, puan boleh menuntut tapi kena pastikan ada bukti bayaran tidak pernah dibuat atau tidak cukup. Bukti boleh melalui saksi dll. Tapi perky ingat, nafkah zahir bukan duit. Rumah, makan dan pakaian itu nafkah, kalau suami sudah sediakan rumah dll kenapa maish nak minta duit

        Like

  26. Aslm Tuan, tuntutan fasakh saya telah diluluskan pada 3/2/20 baru2 ini, selepas kes saya file kan hampir 5 tahun lepas. W/bagaimana pun, defenden telah mem file rayuan terhadap keputusan tersebut pada hari yang sama. Sejak itu, saya tidak menerima apa2 hitam putih dari mahkamah shariah dan kes macam x ada progress langsung. Apa yang perlu saya lakukan sebagai tindakan susulan? Minta sgt panduan dan nasihat. Terima kasih.

    Like

    • Wslam, Puan. Mahkamah Syariah tidak bersidang sepanjang PKP sebelum ni. Sudah tentu banyak kes tertangguh termasuk kes puan sendiri. Sila hubungi mahkamah yg bicara kes puan. Setahu saya mahkamah skrg masih belum beroperasi.

      Like

  27. Suami saya tidak mengajari saya dan anak2 mengenai agama..saya terasa keluarga kami jauh dari agama jika hubungan suami isteri berterusan.adakah saya layak menuntut fasakh?

    Like

  28. Suami berkahwin lain di Thailand tanpa mendapat persetujuan dari saya isterinya. Saya tidak bersetuju untuk berpoligami kerana saya tahu suami saya tidak mampu dari segi kewangan. Selama perkahwinan kebanyakan perbelanjaan rumah, bil-bil, cukai pintu, cukai tanah, pembelian kereta pun kesemua atas nama saya sebab nama suami dah tersenarai dalam black list dan belanja anak-anak di bawah tanggunggan saya. Suami hanya membayar pinjaman rumah setiap bulan. Itu pun disebabkan potongan gaji.Pinjaman rumah hampir 67% di bawah potongan gaji saya. Cuma di waktu PKP ni suami baru bagi duit disebabkan potongan pinjaman peribadinya tidak di potong. Adakah perkara ini akan menyukarkan saya untuk membuat tuntutan fasakh. Adakah saya boleh membuat tuntutan berdasarkan perbelanjaan sebelum-sebelum ini.
    Dari segi penggiliran didapati suami tidak berlaku adil. Giliran bermalam tidak pernah sama pada pihak saya. Pernah 1 bulan., suami hanya berada di rumah saya hanya 11 hari.
    Saya ingin membuat aduan berkenaan perkahwinannya tanpa keinzinan saya.
    Saya juga ingin memfailkan fasakh kerana ketidakmampuan suami dari segi kewangan dan tidak berlaku adil.
    Apakah bukti-bukti yang perlu saya sertakan bagi menyokong tuntutan saya.
    Sekian. Terima kasih

    Like

    • Pertama sekali, perkahwinan poligami tidak perlu mendapat keizinan dari isteri sedia ada. Walaupun begitu, isteri pertama perlu untuk diberitahu.
      Salam kes puan, pendapat saya alasan fasakh boleh dilakukan dinyatakan ialah suami tidak bersikap adil. Selain tak adil dari sudut giliran dia juga tak memberikan nafkah Zahir. Boleh bawa bukti saksi2 sama ada anak2 yang dah cukup umur, jiran2 atau saudara mara yang kata bahawa suami selalu tak pulang rumah dan bagi perbelanjaan tak cukup.

      Like

  29. suami terlibat dengan dadah…menurut pegalaman saudara, adakah alasan ini kukuh untuk menuntut fasakh?

    Like

  30. Assalamualaikum. Sya ingin tanya suami sya mempunyai hubungan sulit ngan perempuan lain dan tgal serumah dgn nya sya x tau mereka sdh nikah atau belum.nafkah cukup tp saya mintak cerai tp dia x nk lpasakan saya..layakkah sya tuntut fasakh..tp saya nak hak penjagaan ank2 pada saya dan adakah nafkah akan berterusan sbb saya ada ank 5..umur 2,4,6,8dan sembilan tahun..umur 4 dan 6 tahun tu autisim..mohon terangkan..

    Like

  31. Salam Tuan, saya diceraikan melalui whatsapp diwaktu pkp. suami enggan ke mahkamah untuk buat pengesahan cerai atas alasan saya yang ingin bercerai dan suami tiada niat menceraikan saya. Saya sudah tawar hati dengan sikap suami yang panas baran suka mengamuk merosakaan barang, tiga kali halau saya dari rumah dengan alasan marah dan tiada niat (melalui whatsapp), kerap keluar malam dan tidak balik hingga ke pagi dan tidak memberi nafkah batin selama setahun lebih. apakah perlu saya menfailkan cerai atau terus memohon fasakh? dan bagaimanakah untuk membuktikan suami tidak memberi nafkah batin kepada saya?

    Like

  32. Salam Tuan. Saya telah buat permohonan cerai julai 2020, walaubagaimanapun suami enggan ceraikan saya & tidak mahu hadir ke mahkamah. Beberapa kali saya ingatkan dia setiap kali tarikh sebutan kes tiba, tetapi dia berkeras tidak mahu hadir & suruh saya mohon fasakh. Apa perlu saya buat? Adakah saya perlu teruskan kes mengikut prosedur mahkamah? Untuk sebutan kes akn dtg, saya diminta membawa wakil JKP.
    Dari segi nafkah isteri, dia hanya peruntukan RM100/setahun dan kali terakhir suami bagi nafkah pada bulan Julai 2019. Tiada nafkah tempat tinggal kerana ansuran rumah & bil2 ditanggu sepenuhnya oleh saya.
    Sejak diberhentikan kerja pada Mac 2020, Suami cume peruntukan RM500/bln sejak april’20 – sekarang dgn duit hasil dari bantuan BPN & pengeluaran KWSP i-lestari.
    Perlu ke saya buat permohonan cerai fasakh memandangkan suami berdegil tidak mahu ceraikan saya.

    Like

  33. Tuan izat..sy mk saudara arwah ustaz bob..sy nk tnya tuan..klau sy mnta faskah kt suami sy ni atas desakan adk bradik yg suruh,prlu ke sy rujuk pjbat agama dlu atau terus prg ke mahkamah..sbb suami sy prnha tampar sy 1 kali je ats sbb sy menegur psal kluarga dia..tu yg buat kemarahan d htnya tu..sy htap tuan tlong jelaskn pda sy lbih terperinci..

    Like

  34. saya ingin bertanya jika tempat tinggal tu adalah rumah saya yg saya beli sebelum berkahwin dengan suami.. dalam pembayaran loan saya terpaksa keluarkan epf saya account 2.. selang seli buat pembayaran dengan suami. lama2 saya mcam tak redha. adakah alasan ini boleh untuk tuntut fasakh

    Like

  35. assalamualaikum, maaf saya nak bertanya. Boleh ke berlaku fasakh kerana ketidakmampuan suami dalam memberi nafkah?

    Like

  36. Askum, saya ingin bertanya, saya dah tak tahan dengan perangai suami, sampai ke tahap saya jadi benci untuk bersama dengan dia. Suami saya telah keluar masuk penjara atas banyak kes, jenayah dan dadah, sehingga sekarang, dia tidak mahu meninggalkan dadah. Saya dah hilang kepercayaan dan saya terasa tertekan sangat dia tak nak berubah, sampai buat perangai tidak balik rumah beberapa hari banyak kali. Apabila dia balik, dia akan mintak untuk bersama, dan ulang semula perangai dia walaupun berjanji tidak akan buat semula. Dia akan ungkit semua hal lama dan tetap salahkan saya sebab saya tidak mau bersama. Dia tidak berkerja tetap sejak 2016 gitu. Saya dah tekanan sekarang sebab saya telah berubah dari diri saya yang amat jahil dulu tetapi dia tetap tak nak berubah dan tetap jugak tak nak berhenti hisap dadah. saya mempunyai 5 orang anak bersama dia, tetapi 4 telah di ambil oleh jkm kerana kami tidak mempunyai rumah untuk sewaktu ketika lalu dan terpaksa hidup di jalanan sehingga ank2 diambil jkm. Sejak itu saya berusaha untuk berubah dan allah telah memberi peluang ke2 untuk saya bergelar ibu dan saya sangat bersyukur dan menghargai peluang yang di beri dan sejak itu saya mula berubah demi masa depan kami sekeluarga, namun tetapi, suami seperti tak boleh bersyukur atau dia tidak menghargai usaha saya dan tetap tidak mahu meninggalkan tabiat2 lama. Anak kami sekarang 13 bulan dan saya betul2 tertekan. Maaf kalau post saya agak panjang, tapi saya sangat mengharapkan ape2 nasihat atas apa yang patut saya lakukan?

    Like

    • Wslam puan. Sekiranya puan telah beri peluang untuk suami berubah tetapi tidak ada perubahan, puan perlu mengambil tindakan selanjutnya tanpa tunggu lagi. Puan boleh mohon untuk fasakh, tetapi antara perkara lain yang puan perlu pertimbangkan ialah kalau berlaku cerai, adakah puan mampu untuk teruskan kehidupan. Walaupun puan mohon nafkah anak selepas cerai misalnya tapi suami tidak mampu pon jadi masalah juga. Cuba lihat semula kalau berlaku perceraian bagaimana untuk puan survive bersama anak2 termasuklah tempat tinggal. Sekiranya puan merasakan puan boleh survive buatlah permohonan fasakh di mahkamah.

      Like

      • terima kasih atas balasan encik. Saya sekarang telah mula bekerja, rumah sekarang ni pun saya yang bayar. keperluan anak pun saya jugak yang uruskan. harini masuk seminggu suami hilang tanpa berita. saya call tidak berjawab, whatsapp tidak akan baca dan tidak membalas. mak mertua pun dah cuba call dan whatsapp dia tapi cuma blue tick je dan dia tidak akan angkat call. Saya tahu dia tidak ditimpa apa2 masalah sebab dia jumpa kawan2 dan ade jumpa kawan2 dia. Dia cuma membuat bodoh dan tidak mahu pulang ke rumah. Apa yang patut saya lakukan? Saya diberitahu prosess memohon fasakh akan mengambil masa yang panjang sekiranya suami tidak respon.

        Like

      • tuan,

        harini dah masuk 12 hari suami saya menghilang dan tiada kabar berita, call tak nak jawab, whatsapp tak nak balas, pada hari ahad lepas, dia ade jawab call saya sekali, maklumkan pada saya dia akan balik kul 9pm malam tu, tapi seperti biasa, tak nampak bayang, apabila saya whatsapp, dia cuma balas, nanti setel keje dia akan balik. lepas itu, dia call tak jawab, whatsapp blue tick je tak balas. pada hari selasa, saya terjumpa dadah and peralatan hisap dadah di dalam almari dapur masak di rumah saya secara tidak sengaja, yang telah di sorok oleh suami saya. Sekarang saya perlukan pendapat tuan, apa yang boleh saya lakukan? kalau meminta cerai, perlu tak cari suami saya? susah nak cari dia. dia tak nak jawab kol saya atau ahli keluarga yang lain, hanya menjawab call dari kawan2 sahaja.

        Like

  37. Assalam mualaikum Saya Noor Rani seorang mualaf Saya Ada berapa perkara Nak Tanya suami saya adelah seorang bukan warganagara dah 10 tahun berkawin Anak 3 orang dah 4 tahun lebih dia Sama seorang perempuan bukan islam di sebab hubungan ITU suami Saya Hina Saya hantam Saya keluarkan Saya Dari rumah dan last² tak bayar nafkah Zahir dan batin selama 9 Bulan dan sebelum 2 3 Bulan pernah lafaz talak.luar makamah Saya dah tawar hati Sama dia boleh ke Saya membuat fail fazakh.

    Like

Leave a reply to Nor Cancel reply