Mengenali pelajar-pelajar Malaysia di Morocco#8 Travelog Morocco 2018 🇲🇦

Assalammualaikum wbt… PELUANG UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MOROCCO Pelajar-pelajar di sini tidaklah seramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jumlah semasa pelajar di sini lebih kurang 160 orang yang kebanyakkannya menuntut di bidang Pengajian Islam dan segelintir dalam bidang Bahasa Arab. Dua saluran untuk sesiapa yang berminat menyambung pengajian di sini iaitu melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Hanya Negeri Sembilan sahaja yang menghantar pelajar-pelajar anak tempatan negeri tersebut ke sini. Bangga saya mendengarnya. Seingat saya batch pertama pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang di hantar ke Morocco ialah pada tahun 2006. Pada masa itu, seramai 10 orang pelajar dihantar ke Morocco dan 10 orang ke Jordan. Mereka ini perlu menghadiri Kursus Bahasa Arab selama 3 bulan di Markaz Nil, Kaherah dan sayalah yang menjadi Pengarah Program menyambut dan menjaga mereka selama 3 bulan tersebut. Sekarang mereka semua sudah bekerja. Saya dimaklumkan untuk mohon melalui KPT, syarat-syarat kelayakan amat rigid. Hanya lepasan SPM sahaja dibenarkan memohon dengan syarat 7A dan sekurang-kurangnya B+ dalam subjek Bahasa Arab, Pengajian al-Quran Sunnah dan Pengajian Syariah Islamiah. Kalau ikutkan syarat-syarat tu boleh dapat Universiti Malaya ( UM) kat Malaysia ye. KPT juga hanya mengambil 15 orang hingga 25 orang pelajar sahaja setahun. Tapi, KPT tidak menyediakan pinjaman atau biasiswa tau, pinjaman atau biasiswa pelajar perlu uruskan sendiri yang mana kebiasaannya melalui Majlis Agama Islam negeri-negeri. Selain Negeri Sembilan, negeri Perak, Sabah, Pahang dan Pulau Pinang juga ada menawarkan sama ada zakat, biasiswa atau pinjaman. KPT akan mewarwarkan peluang ini melalui laman web selepas keputusan SPM diumumkan. Manakala bagi pelajar-pelajar anak tempatan Negeri Sembilan syarat-syarat pengambilan juga lebih kurang sama dengan syarat KPT. Tapi STAM juga dibolehkan untuk memohon dengan syarat mendapat keputusan MUMTAZ. Pelajar-pelajar yang lulus akan diberi zakat dan pinjaman boleh ubah berjumlah RM 10,000.00. Selain Ijazah Sarjana Muda, MAINS juga turut menawarkan bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian Master dan PhD di sini. Bukan sahaja di Morocco dan Mesir bahkan boleh sambung pengajian di mana-mana IPT di Malaysia. Negeri Sembilan satu-satunya negeri yang menawarkan peluang sebegitu. Hebat kan! Jadi, kepada adik-adik dan pelajar-pelajar yang terpilih gunakan peluang ini sebaiknya!Gambatte! UNIVERSITI-UNIVERSITI Senarai universiti-universiti di mana pelajar-pelajar Malaysia ditempatkan: Universiti Mohamed Khamis , Rabat Universiti Hassan Sani, Casablanca Universiti Qadi Ayyad , Marrakesh Universiti ibnu Tofail, Kenitra Universiti Sidi Ben Abdellah, Fes Universiti Abdul Malik Saadi, Tetuoan, Universiti Chouaib Doukkali , eljadida Universiti Moulay Ismail , Errachidia Untuk pelajar yang datang melalui tajaan Negeri Sembilan, pelajar-pelajar lepasan STAM akan ditempatkan di Universiti Mohamed Khamis , Rabat. Manakala bagi pelajar-pelajar lepasan SPM mereka akan ditempatkan di mana-mana universiti selain itu.
Bersama penuntut-penuntut Malaysia di Marrakesh
Penuntut-penuntut Malaysia di Fes. Sebelah kiri saya ialah pelajar master, Suhaib
CADANGAN Memandangkan tiada lagi pelajar yang menyambung pengajian di Fakulti Syariah, saya mencadangkan supaya pada masa akan datang pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang syariah boleh menuntut dalam bidang ini. Saya difahamkan sebelum ini terdapat beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti Syariah wal Qanun di Universiti Sidi Ben Abdellah, Fes salah seorangnya ialah Suhaib yang merupakan anak jati Negeri Sembilan. Saya juga diberitahu sehingga kini terdapat pelajar dari Indonesia dan Thailand yang diambil belajar di fakulti ini setiap tahun. Di sini khabarnya tiada pengkhususan fakulti Syariah tetapi hanya fakulti Syariah wal Qanun. Suhaib salah seorang pelajar yang telah tamat bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah wal Qanun dan sedang menyambung pengajian Master bagi Mualamat di universiti tersebut. Ini lah kelebihan mereka yang belajar syariah, mereka boleh masuk ke dalam bidang yang lebih luas sama ada dalam pengajian mahupun kerjaya. Saya telah meneliti subjek-subjek yang diambil oleh Suhaib semasa Ijazahnya dahulu: SEMESTER 1 :
  • Pengenalan Kepada Ulum Quran
  • Pengenalan Kepada Ulum Hadis
  • Pengenalan Kepada Undang-undang
  • Kemahiran Bahasa
  • Bahasa Perancis
  • Pengenalan Kepada Ilmu Usul Fiqh
SEMESTER 2 :
  • Ayatul Ahkam
  • Ahadithul Ahkam
  • Pengibadatan Dalam Fiqh Maliki
  • Teori Kewajipan Dalam Undang-undang
  • Undang-undang Perlembagaan
  • Mustholahat (Perancis)
Sesi: 2015/2016 Tahun Pengajian: KEDUA SEMESTER 3 :
  • Perkahwinan Dan Pentalakan
  • Kelahiran, Kelayakan dan Perwakilan Dalam Hukum Syariah
  • Kaedah-kaedah Fiqh Dan Usul
  • Hak-hak Tanah/Perumahan
  • Akad-akad Yang Diberi Nama
  • Akidah
SEMESTER 4 :
  • Fiqh Mu’awadhot
  • Fiqh Tabarru’at (Penyumbangan)
  • Maqasid Syar’iyyah
  • Balaghah Quran
  • Pensyari’atan Jenayah Dalam Islam
  • Undang-undang Jenayah Umum
Sesi: 2016/2017 Tahun Pengajian: KETIGA SEMESTER 5 :
  • Usul Takhrij Hadis
  • Usul Tafsir
  • Usul Fatwa Dan Qadha
  • Perbezaan Fiqh
  • Usul Mazhab (Maliki)
  • Method Bahas
SEMESTER 6 :
  • Perwarisan Dan Penwasiatan
  • Pendokumentasian Secara Adil
  • Pendokumentasian Moden
  • Fiqh Sirah
  • Bahas
  • Perbincangan Bahas
Pendapat saya, subjek-subjek yang diajar lebih berat kepada syariah dan undang-undang, hanya beberapa subjek yang berkaitan dengan undang-undang Perancis. Berbanding fakulti Syariah wal Qanun di Mesir, pengajian lebih berat kepada undang-undang sivil Perancis dan pelajar perlu belajar selama 5 tahun. Undang-undang di Malaysia diadaptasi dari undang-undang Inggeris bukan Perancis. Ia tidak praktikal di Malaysia. Saya belum pernah dengar pelajar Malaysia yang lulus dalam pengajian ini. Secara umum, graduan bidang Syariah Islamiyyah di Mesir sudah boleh memohon kerjaya dalam bidang Undang-undang Syariah di Malaysia seperti Pegawai Syariah Dan Peguam Syarie dengan syarat perlu mengambil Diploma Kehakiman dan Guaman Islam di mana-mana universiti terpilih. Bagi pelajar-pelajar di Morocco mereka juga boleh mengambil peluang bekerja dalam bidang undang-undang Syariah di Malaysia selepas menjadi graduan Syariah wal Qanun. Usia mereka masih muda, saya percaya pelajar-pelajar ini mampu belajar dengan baik sekiranya ditempatkan di Fakulti Syariah wal Qanun. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menyambung pengajian master dalam muamalat atau kewangan Islam di Morocco, peluang kerjaya lebih luas menanti. SEMINAR LITERASI PERUNDANGAN SYARIAH DAN KERJAYA PADA 24 NOVEMBER 2018 ( SABTU) Alhamdulillah, rasa syukur sangat apabila saya diberi peluang untuk menyampaikan talk kepada pelajar-pelajar Malaysia di sini. Pengisian talk dimulakan dengan pengenalan sejarah perundangan syariah di Malaysia, Undang-undang Pentabiran Agama Islam, Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Jenayah Syariah dan kerjaya dalam bidang Syariah. Selain itu, cabutan bertuah dan kuiz sebagai acara selingan memeriahkan lagi program ini. Secara peribadi, saya amat seronok berkongsi ilmu dan berkenalan dengan pelajar-pelajar ini. Saya juga seronok dengan suasana belajar mereka yang tidak seperti yang dialami oleh pelajar-pelajar di Mesir. Mereka tidak diberi pilihan sama ada mahu ke kuliyah atau tidak, imtihan di bawah khemah besar di musim sejuk, imtihan bersama anjing dan keldai, imtihan di sebelah tandas yang berbau.. Hehe, ingat lagi ke cerita tu, satu lagi saya terlupa kongsi perangai student Arab Mesir yang selalu bertengkar dengan pengawas imtihan kerana pelajar Arab selalu meniru dan membawa ‘toyol’ di dalam dewan. Bayangkan camana nak fokus menjawab imtihan dengan hiruk pikuk manusia dan haiwan mahupun cuaca dan suasana. Antara faktor – faktor seperti inilah natijah Maqbul di sana diiktiraf Hons oleh KPT di Malaysia. PESANAN SAYA BUAT MEREKA Saya suka berkongsi dengan pelajar-pelajar ini yang saya anggap seperti adik-adik sendiri. Bagi saya, perkongsian sesuatu ilmu itu diharap dapat membantu mereka kerana pelajar-pelajar yang belajar di luar negara terutamanya dalam Pengajian Islam tidak didedahkan dengan ilmu tambah nilai seperti pelajar-pelajar IPTA di Malaysia. Pelajar-pelajar seperti kami perlu mencari sendiri maklumat-maklumat tambahan terutama dalam kerjaya di Malaysia. 3 kelemahan yang saya kenal pasti selalu berlaku kepada pelajar-pelajar Pengajian Islam di luar negara iaitu penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran menulis (sehingga menyebabkan ramai pelajar tidak berjaya menghabiskan pengajian master di Ipta) dan menepati masa. Selain itu, pesanan saya juga buat mereka belajarlah bersungguh-sungguh kerana peluang yang datang tidak semua orang dapat merasai, banyakkan berdoa dan solat hajat supaya bukan sahaja urusan belajar dipermudahkan bahkan urusan kerjaya juga dipermudahkan. Saya rasa mereka mungkin masih ingat cerita dan pengalaman saya bahawa yang orang berjaya cemerlang dalam imtihan belum tentu berjaya dalam temuduga kerjaya kelak. Semuanya atas kehendak Allah dan rezeki masing-masing. Selalulah memohon restu dan doa ibu bapa kepada kita, kerana doa mereka tidak terhijab. Selalulah bantu dan menolong orang-orang miskin dan yang susah sekiranya terjumpa di Morocco itu. Percayalah bila kita selalu membantu orang lain, Allah akan membantu kita suatu hari nanti. Selamat Maju Jaya Semua Saya Doakan! Tolong doakan pengajian saya juga dipermudahkan. Dengan ingatan tulus ikhlas, Suhaizad bin Saifuddin Note: Terima kasih kepada Luqman dan Suhaib di atas maklumat yang diberikan.

15 comments

  1. ASslamualaikum
    Tumpang tanya..kalau nak sambung master kt sana pon kena melalui KPT jugak ka..ada x yang persendirian.? .
    saya ada dgr ( 2014).. kena.cari supervisor sdri utk sambung master. Trm ksh tlg jawab

    Like

  2. Assalamualaikum… Saya sekarang berada di mesir tetapi masih di markaz bahasa dan belom masuk ke kuliah, boleh ke klau saya ingin sambung pembelajaran ke morocco bagi sesi 2020/2021..tetapi saya dri negeri johor dn mendapat keputusan jayyid jiddan stam 2018 n adik saya jugak ingin sambung belajar ke morocco tetapi utk lepasan spm 2019.. Bagaimana caranya ye

    Like

    • Assalammualaikum, saya juga sedang berada di Mesir. 22 hb November lepas saya bagi talk di Kursus Literasi Perundangan Syariah dan Kerjaya, lepas ni saya kasi talk bagi Kursus penulisan. Untuk tahun 2019/2020 setahu saya dah tutup, boleh cek kat FB persatuan mahasiswa Malaysia Morocco. Tak salah saya buka iklan pada Julai haritu selama 2 minggu. Iklan diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kalau tak salah. Kalau nak tahu details untuk tahun seterusnya boleh berhubung dengan KPT atau persatuan pelajar sana.

      Like

  3. Assalamualaikum…bole saya tanyer kalaw lepasan stam ke morocco apply sendiri ke atau kerajaan negeri yang uruskan untuk kesana.

    Like

  4. Assalamualaikum…saya ade 3 soalan berkaitan melanjutkan pelajaran di morrocco..
    1.kalaw saya nak ambil iljazah bidang usuluddin berapa tahun ye?.
    2.bagaimanakah cara untuk saya untuk melanjutkan pelajaran ke sana?
    3.pelajar2 malaysia yg ke sana selalunyer apply sendiri ke atau kerajaan negeri sembialn yg tolong support dorang

    Terima kasih

    Like

    • Wslam, Morocco tak ada Ijazah Usuluddin, yang ada hanya Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Itu kekurangan belajar di sana berbanding di Mesir. Untuk mohon, kena hubungi KPT untuk mengetahui tarikh iklan, buka dan tutup permohonan. Setahu saya untuk Negeri Sembilan boleh pergi melalui KPT atau tajaan MAINS.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s