ARTIKEL SYSTEMATIC REVIEW VS EMPIRICAL DATA?APA ITU PENULISAN ARTIKEL SYSTEMATIC REVIEW?

Assalammualaikum wbt,

Sebelum ni saya tak perasan akan kewujudan jenis-jenis artikel ini sehinggalah saya ikuti penerangan Dr Hayrol baru di FB beliau. Baru saya tahu terdapat beberapa jenis penulisan artikel jurnal iaitu Article Systematic Literature Review dan Article Systematic Literature Review.  Apa yang saya faham, untuk Article Systematic Literature mempunyai beberapa persamaan dengan Article Systematic Review yang merupakan kajian mengenai sesuatu topik berdasarkan kajian-kajian lepas, mencari gap dan mencadangkan bentuk kajian di masa hadapan. Kedua-dua jenis artikel ini mempunyai ciri-ciri tersendiri. Kedua-dua artikel ini juga sesuai untuk mereka yang baru menulis tesis pada Bab 1 dan 2 tapi nak menulis artikel untuk dihantar je Jurnal yang merupakan syarat untuk graduate nanti. So, kita tak adalah terkejar-kejar bila diakhir pengajian.

(Kredit kepada: Dr Hayrol Azril Hayrol, UPM, disalin, ditampal  dan diedit dari FB beliau)

SEDIKIT PERKONGSIAN ON PENULISAN ARTIKEL BERBENTUK SYSTEMATIC REVIEW

Ada banyak ruang untuk diteroka Malaysian scholars dalam konteks penulisan berbentuk systematic review. Tidak banyak artikel berbentuk ini ditulis oleh local scholars (based on my searching on Scopus database)

Salah satu tujuan utama systematic review adalah untuk mengenalpasti pattern dalam kajian yang telah dilaksanakan dan mencadangkan kepada kajian akan datang on what else need to be done.

Ada beberapa kelebihan utama systematic review.Satunya, untuk kenalpasti gap.. oleh kerana ia mengenalpasti pattern kajian lepas dan mencadangkan apa lagi yang perlu dilakukan oleh penyelidik, maka ia sangat membantu dalam mengenalpasti gap kajian.. Keduanya, sekiranya penyelidik ingin mencari sumber/artikel yang berkaitan dengan kajian mereka secara pukal, maka carilah artikel systematic review dan rujuk kepada bahagian table of findings.

Systematic review sesuai ditulis oleh semua, regardless their field of study.

Sudah banyak artikel berbentuk systematic review di Scopus/Web of Science, persepsi bahawa artikel tanpa data sukar diterbitkan di indexed journal database, adalah kurang benar.

Systematic review tidak bersandarkan kepada data penyelidikan utama (main data). Ia hanya bersandarkan literatur kajian lepas. Ini bermakna, pensyarah dengan atau tanpa geran penyelidikan sudah boleh mula menulis artikel.

Untuk pelajar, mereka boleh digalakkan untuk menulis systematic review selepas selesai penulisan chapter 2. Apabila mereka sudah mahir menulis literature review.. manakala untuk researcher/lecturer, anda tidak mempunyai masalah untuk memulakannya pada bila2 masa.

Systematic review bukan concept paper (traditional review).

Systematic review menjawab persoalan yang selalu dibangkitkan di dalam concept paper – how confident are you that you have conducted a rigorous effort in the literature?

Systematic review basically adalah penulisan literatur.. namun ditunjangi methodology pencarian sumber yang rigorous.

Methodology bahagian systematic literature review kebiasaannya mempunyai empat bahagian utama iaitu Resources, Inclusion and Exclusion Criteria, Eligibility dan Analysis

Systematic review juga ditunjangi oleh Reporting Items – antara yang popular adalah PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses).. boleh cuba Google..

Anda perlu mahir melakukan search string.. mahirkan diri anda dengan phrase searching, truncation dan wildcard function.. (boleh rujuk page 686 our recent article).. di universiti, saya percaya, librarian anda mahir dalam membentuk search string yang bersesuaian untuk anda.. yang penting, anda sudah kenalpasti keywords yang ingin digunakan..

Flow diagram (seperti dalam page 686 in our recent article) adalah diwajibkan dalam systematic review oleh kerana ia akan memudahkan pemahaman si pembaca on the proses pemilihan artikel

Untuk menulis systematic review dan berniat untuk menghantar ke scopus atau web of science, at least anda perlu melakukan searching effort on two databases – Scopus dan Web of Science..

CONCEPT PAPER (TRADITIONAL REVIEW) VS SYSTEMATIC REVIEW

Kedua dua jenis artikel jurnal ini memberikan kelebihan kepada students, mereka dapat menulis artikel sebelum mereka mempunyai primary data,di awal pengajian dah boleh tulis dah. Dan students dari semua field, tak kisahlah sains ke sosial sains ke engineering ke, environment ke, bleh tulis concept or systematic review ni.

Dua kaedah ini selalu disamakan walhal ia berlainan… berbanding dengan concept paper, systematic review article ditunjangi oleh method yang rigorous dalam searching information strategy nya. Selain itu, berdasarkan pattern findings di dalam systematic review, penulis dapat mencadangkan ttg apa lagi yang perlu dikaji pada masa hadapan. Ada juga saya dengar, concept paper dan systematic review artikel tak boleh publish kat web of science atau scopus, sebab dia bukan based on research data.. hehehe, tak tepat tu, banyak je yang diterima, even banyak yang telah diterbitkan di Q1 dan Q2 (web of science) journal yang berprestij tinggi..

Cara utama nak membezakan dua jenis artikel jurnal ini ialah

1) systematic review WAJIB menerangkan bahagian methodology yang rigorous,, sebahagian besar concept paper tak perlu berbuat demikian..

2) Baca tajuk.. dalam tajuk, ada jurnal yang mewajibkan tajuk artikel dimasukkan perkataan review, systematic review, meta analysis, meta systhesis dan sebagainya.

3) Baca abstrak – ini mesti dinyatakan dalam abstrak sebab depa kena bagitahu reviewer apa type artikel yang depa tulis.. ingat, Abstrak adalah antara bahagian pertama yang reviewer cek… So depa mmg kena nyatakan supaya reviewer jelas dan maklum

Kaedah penulisan systematic review adalah berlainan dengan penulisan research articles. Tak sama.. sebab tu saya galakkan students untuk dapatkan dua perkara utama sebelum memulakan penulisan systematic review iaitu

1) rujukan dan contoh artikel jurnal systematic review (the best is from Q1/Q2 web of science.. scroll fb saya, saya byk kongsikan)…
2) Kena belajar kaedah systematic searching dalam database journal (rujuk gambar) – bukan main google je.. hehehe..

Selalu saya jumpa ayat ni.. a rigorous search on the database has been done… bila ditanya, you dah buat systematic review? jawabnya, apa tu?…and then depa claim dah buat rigorous review…… 🙈🙈🙈

anyway, mana nak belajar systematic searching kat database ni… pergi jumpa librarian di uni.. depa wajib tahu benda ni… kalau takde juga, mungkin bleh attend mana mana kursus.. Saya akan cuba minta expert utk post kaedah searching information di ipsas students support group.. Cuba ya, saya tak janji..

Nnt kita sambung pasal teknik penulisan systematic review pula ya…

SYSTEMATIC REVIEW VS EMPIRICAL DATA

Mana lagi bagus? macam ni la, masing2 ada kelebihan masing2.. kalau kau kata systematic review level tak tinggi, byk je yg produce good knowledge, byk je yg provide good guide untuk researcher, dan banyak je yang dah publish kat Scopus dan Web of Science.Benda ni, kalau nak bawa berdebat, percayalah, sampai kiamat pun takkan habis..anyway, buat apa kau nak berdebat mana bagus? kau raikanlah ilmu tu.. kan lagi baik camtu..

Cumanya, aku ni perkenalkan systematic review salah satu sebab utama, aku nak kawan2 aku menulis artikel jurnal depa awal, terutamanya yang students ni, aku tak nak nanti bila lagi tiga ke enam bulan nak grad, baru terhegeh2 nak menulis artikel jurnal, stress depa nanti.. pastu nak pula Scopus.. kalau kejap nak tunggu publish xpela, kalau lama, macam mana? dah member tu risau tak grade.. Tu pasal, aku galakkan tulis systematic review, tak payah tunggu ada main data baru nak tulis.. kau dah abis tulis chapter two.. kau dah bolehlah start plan buat systematic review… Dan aku taknak la suruh depa ni menggoncang dunia dengan kajian literature depa tu, tak perlu, cukup sekadar nak demonstrate tentang pemahaman mereka on apa yang dikaji dan fulfill their graduation requirement..

Hands on penulisan artikel systematic review yang akan memfokus kepada bahagian:

1- Introduction

2- Methodology
– Resources
– Systematic Review Process
a) Keywords identification – (thesaurus, dictionaries, encyclopaedia)
b) Search string on the Scopus database (Phrase searching, truncation, wildcard)
c) Inclusion and exclusion criteria
d) Eligibility
e) Writing/drawing on flow diagram, table for inclusion and exclusion criteria and search string.
– Analysis

3- Results

4- Discussion

5- Recommendations for future studies /Future direction

6- Conclusion

SYSTEMATIC REVIEW – PHRASE SEARCHING

Salah satu teknik pencarian dalam systematic review dikenali sebagai phrase searching.. Ok, kita praktis.. takyah try kat Scopus, kita guna google scholars je.. sekarang, cuba korang type

Climate change adaptation

Dan klik search… jumlah terhasil.. lebih dari 2.5 juta related articles..

Ok, sekarang korang cuba yang ni pula…

“Climate change adaptation”

Tengok betul2.. ada symbol tu.. dan sekarang, jumlah terhasil, jauh berkurangan kan?

Kenapa? sebab, function ni allows kita untuk limit kan pencarian.. kalau kita guna tanpa symbol, usaha pencarian akan mencari artikel yang berkaitan dengan climate atau change atau adaptation atau kombinasi mana2 perkataan ini.. tetapi apabila kita menggunakan symbol “………….”, maka usaha pencarian seboleh mungkin akan tertumpu kepada artikel yang hanya mempunyai ayat Climate Change Adaptation..

Selamat mencuba.. 

sistematik riview

Itulah sedikit penerangan, lagi baik kalau kita dapat ikut kelas penulisan beliau di UPM…

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s