ULANGKAJI MENULIS ARTIKEL JURNAL – BAHAGIAN METHODOLOGY..

ULANGKAJI MENULIS ARTIKEL JURNAL – BAHAGIAN METHODOLOGY..

Dipetik dan ditulis oleh DR Hayrol Azril ( Fb: Hayrol Azril Hayrol)

Leka ngat ngan PRU ni.. biasa dia tu.. babab kang.. dah, jom sambung ngaji.. 🤣🤣🤣🤣.. Oh ya.. ini one of the styles saya practice, terpulang nak guna atau tidak.. manusia sentiasa ada pilihan.. 🙂

Terdapat penulisan bahagian methodology dalam rangka yang berbeza di mana penulis menekankan kepada empat bahagian

1-Participants 
2-Procedures
3-Measures 
4-Data analytic strategy

1-Participants 
Dalam bahagian ini, penulis menulis data berkenaan demografi responden, uniknya kaedah penulisan sebegini tidak memerlukan data demografi ditulis di bahagian hasil kajian. Mengapa? Kerana di bahagian results, mereka hanya mahukan data berkenaan objektif, melainkan kita membuat kajian berkenaan dengan profiling responden, maka data demografi bukanlah objektif yang ingin dicapai.

2-Procedures
Di sini, anda boleh memasukkan data berkenaan dengan
Proses persampelan – apa teknik persampelan yang digunakan? Ceritakan secara terperinci proses persampelan tersebut.

Pengumpulan data – apa yang dilakukan sebelum pengumpulan data sebenar? Siapa yang membantu pengumpulan data? Apa kaedah pengumpulan data utama yang digunakan? Berapa lama masa yang diambil untuk enumerator/responden melengkapkan borang kajian?, pengumpulan data dilakukan dalam bahasa apa? Di mana pengumpulan data dilakukan? Berapa lama pengumpulan data dapat dilengkapkan?

3-Measures
Di sini anda boleh menceritakan tentang instrumen, anda boleh menceritakan tentang :-
Proses pembentukan
Proses ujian pilot (apa penambahbaikan yang dilakukan selepas proses ujian pilot selesai?)
Jumlah item bagi setiap bahagian,
Operational definition bagi faktor yang dikaji boleh disertakan
Contoh item
Apa jenis pengukuran yang digunakan (likert scale?)

4-Data analytic strategy 
Di sini boleh diceritakan apa perisian yang digunakan dan apa analisis serta tujuan kita menggunakan analisis tersebut. Dalam sesetengah penulisan, mereka cuba menjelaskan keperluan yang perlu dipenuhi bagi analisis yang dilakukan. Terdapat juga penulisan yang menjelaskan perbandingan di antara analisis yang mereka gunakan dengan analisis lain (yang hampir sama fungsinya dengan analisis yang mereka gunakan).

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s